FacebookInstagramTwitterContact

 

Hibiscus Tea Improves Blood Flow, Reduces Risk Of Cardiovascular Disease           >>           Beer Brewed To Music And A Crystal Castle — How To Have An A-List Getaway In Byron Bay           >>           Sleep Is Good For Your Heart, Reduces Risk Of CVD, According To Study           >>           Black Nightshade Reduces Growth Of Cancerous Tumors           >>           You Won't Be Able To Unsee Ryan Gosling's La La Land Confession           >>           Kate Middleton And Prince William’s Designer Friend Says They’re “Going Through Hell”           >>           Eta Aquarid Meteor Shower Peak Could Spawn Over 100 'Shooting Stars' Per Hour This Weekend           >>           Nintendo blitzes GitHub with over 8,000 emulator-related DMCA takedowns           >>           X Is Using Grok To Publish AI-Generated News Summaries           >>           Microsoft’s latest Windows security updates might break your VPN           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Bertanggungjawab Menerajui Perpaduan, Kesejahteraan Penduduk Kampung


 


 February 6th, 2023  |  08:59 AM  |   254 views

JERUDONG

 

Penduduk-penduduk kampung di bawah tadahan Mukim Sengkurong keluar mengundi bagi memilih calon yang akan menanai tanggungjawab sebagai Penghulu Mukim Sengkurong yang baharu nanti.

 

Majlis Pengundian dan Pemilihan Calon Penghulu Mukim Sengkurong itu berlangsung selama dua hari iaitu pada Jumaat, 3 Februari 2023 dan berakhir hari ini bertempat di Dewan Kemasyarakatan Mukim Sengkurong, Kampung Jerudong, di sini.

 

Dua calon dibawa ke Majlis Pengundian dan Pemilihan tersebut iaitu calon pertama, Awang Haji Abdullah Hanif bin Orang Kaya Maharaja Dinda Haji Saman, berusia 67 tahun (berumur 62 tahun semasa tarikh tutup iklan pada tahun 2018) dan telah bermastautin di Kampung Sengkurong 'A' sejak lahir.

 

Beliau memperoleh kelulusan Master of Arts in The Faculty of Social Sciences dari Universiti of Durham pada tahun 1989. Pada ketika ini beliau berkhidmat selaku Pemangku Penghulu Mukim Sengkurong menjawat jawatan Ketua Kampung Sengkurong 'A' sebelum ini.

 

Sementara calon kedua ialah Awang Haji Mustapa bin Haji Masri, berumur 61 tahun (berusia 55 tahun semasa tarikh tutup iklan pada tahun 2018).

 

Beliau memperolehi kelulusan Bachelor of Arts in Humanities dari Middlesex Polytechnic tahun 1987 dan berkhidmat sebagai Pegawai Pelajaran Kanan, Kementerian Pendidikan sebelum bersara.

 

Daripada seramai 1,774 penduduk yang berdaftar, sejumlah 1,391 hadir mengundi melalui kaedah dalam talian menggunakan Aplikasi e-Undi PMKK dan juga secara pembuangan undi melalui kertas undi rasmi (ballot papers).

 

Pada majlis tersebut, Awang Haji Abdullah Hanif berjaya memperoleh sejumlah 1,154 undi dan Awang Haji Mustapa meraih 222 undi manakala tiga undi tidak bersetuju dan 12 undi rosak.

 

Keputusan Pengundian dan Pemilihan Calon Penghulu Mukim Sengkurong yang dijalankan pada hari ini akan dihadapkan kepada Lembaga Perjawatan, Disiplin, Tatatertib Penghulu Mukim dan Ketua Kampung, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri bagi proses selanjutnya.

 

Terdahulu, Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Misle bin Haji Abdul Karim dalam ucapannya antara lain berkata bahawa penghulu mukim mempunyai tanggungjawab yang besar dan memegang amanah bukan saja amanah Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bahkan jua amanah penduduk-penduduk kampung yang akan ditadbir nanti.

 

Antara peranan penting pemegang jawatan penghulu mukim jelasnya adalah sebagai ketua dan pemimpin masyarakat di akar umbi di peringkat mukim serta ketua dan pemimpin kepada ketua-ketua kampung di mukimnya yang bertanggungjawab bagi menerajui perpaduan, keharmonian, kemakmuran dan kesejahteraan hidup bermasyarakat penduduk-penduduk kampung di mukimnya serta penggerak kepada pembaharuan, pembangunan dan perkembangan sosioekonomi masyarakat kampung di mukimnya.

 

Selain itu, menjadi contoh teladan (role model) kepada masyarakat mukim serta sebagai perantara dua hala kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dengan penduduk / masyarakat kampung sebagai mata, telinga, kaki dan tangan serta bertindak sebagai peneraju bagi mengukuhkan, memantapkan, mempertahankan dan mengekalkan sistem pemerintahan bernegara di bawah kepimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

 

Awang Misle turut menambah, seorang penghulu mukim juga perlu bekerjasama rapat dengan Ketua-ketua Kampung dalam mukimnya dan mukim persekitarannya termasuk mengadakan perundingan atau permuzakarahan dengan Majlis Perundingan Mukim serta Majlis-majlis Perundingan Kampung serta bersama anak buah kampung mengenai apa jua perkara berkebajikan, pembangunan, kesentosaan, kesejahteraan mukim.

 

Juga hadir pada majlis berkenaan, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed, yang juga Ketua Kampung Putat, Mukim Lumapas, Ketua-ketua Kampung dan Pemangku-pemangku Ketua Kampung Mukim Sengkurong dan Mukim Pengkalan Batu.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07