FacebookInstagramTwitterContact

 

How to watch NASA's first Boeing Starliner crewed flight launch today           >>           How To Watch Apple's Ipad Launch Event On Tuesday           >>           What To Expect At Google I/O 2024: Gemini, Android 15 And More           >>           Proton's New Password Monitor Update Will Scour The Dark Web On Your Behalf           >>           Manchester United's Fernandes Misses First Club Match In Career Due To Injury           >>           Struggling Udinese Grab Last-Gasp Home Draw Against Napoli           >>           The Incredible New Chapter In Melbourne Derby History           >>           Roque Unhappy With Game Time, Could Leave Barcelona – Agent           >>           Tottenham Will Be More Competitive Next Season – Richarlison           >>           How Quantum Physics Could 'Revolutionise Everything'           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Mengukuhkan Usaha Serantau Promosikan Pelancongan ASEAN


 


 February 8th, 2023  |  09:28 AM  |   147 views

YOGYAKARTA, INDONESIA

 

 

Mesyuarat juga turut mengetengahkan inisiatif untuk mempromosikan destinasi baharu dan kurang diterokai dalam rantau berkenaan untuk mempromosikan dan meningkatkan kewujudan destinasi ASEAN.

 

Menteri-menteri Pelancongan juga menggalakkan untuk memperkukuhkan usaha serantau dalam memulihkan dan membina keyakinan untuk meneruskan perjalanan, serta mempromosikan pelancongan ASEAN yang lebih mampan dan inklusif.

 

Mesyuarat juga menggesa untuk mempercepatkan latihan kemahiran digital pelancongan di seluruh rantau dengan kerjasama program ASEAN yang sudah ditubuhkan begitu juga dengan sektor swasta dan membincangkan peranan penting teknologi untuk mengenal pasti kemahiran yang relevan untuk menyokong usaha kelestarian destinasi pelancongan, kerana daya tahan jangka panjang sektor pelancongan ASEAN berkait rapat dengan kelestarian alam sekitar dan sosial.

 

Mesyuarat Menteri Pelancongan ASEAN Ke-26 (The 26th Meeting of ASEAN Tourism Ministers – 26th M-ATM) dan Mesyuarat Berkaitan Campur Tiga (22nd M-ATM Plus Three); India (10th Meeting of ASEAN-India); dan Persekutuan Rusia (2nd Meeting of ASEAN-Russian Federation Tourism Ministers) diadakan pada 4 Februari lalu di Yogyakarta, Republik Indonesia.

 

Negara Brunei Darussalam (NBD) diketuai oleh Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin, selaku Ketua Delegasi.

 

Mesyuarat dipengerusikan oleh Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif, Republik Indonesia, Tuan Yang Terutama Sandiaga Salahuddin Uno; dan Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Pelancongan, Lao PDR, Puan Yang Terutama Suanesavanh Vignaket, selaku Naib Pengerusi.

 

Turut hadir, Setiausaha Tetap Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Hajah Tutiaty binti Haji Abdul Wahab, serta para pegawai dari Jabatan Kemajuan Pelancongan.

 

Mesyuarat 26th M-ATM didahului dengan Mesyuarat Pertubuhan Pelancongan Kebangsaan ASEAN Ke-57 (57th Meeting of the ASEAN National Tourism Organisations) dan Mesyuarat Pegawai-pegawai Kanan lain dengan Rakan Dialog.

 

Dengan tema 'ASEAN: A Journey to Wonderful Destinations', mesyuarat berkenaan memuji kelonggaran dan penghapusan sekatan perjalanan di dalam Negara-negara Anggota ASEAN.

 

Berdasarkan angka awal tahun 2022, ASEAN menyaksikan kira-kira 1,700 peratus peningkatan tahun ke tahun dalam penerimaan pelancongan.

 

ASEAN juga mencatatkan hampir 1,300 peratus peningkatan tahun ke tahun dalam ketibaan antarabangsa, dengan kelonggaran sekatan perjalanan Negara-negara Anggota ASEAN.

 

Kadar penginapan hotel juga turut meningkat sebanyak 16 peratus berbanding pada tahun 2021.

 

Mesyuarat berkenaan juga turut mengambil maklum bahawa sebanyak 60 peratus daripada langkah dan aktiviti di bawah Pelan Pemulihan Pasca COVID-19 untuk pelancongan ASEAN disiapkan atau sedang dilaksanakan melalui Rangka Kerja Pelan Strategik Pelancongan ASEAN (ASEAN Tourism Strategic Plan -ATSP).

 

Mesyuarat juga turut mengetengahkan inisiatif untuk mempromosikan destinasi baharu dan kurang diterokai dalam rantau berkenaan untuk mempromosikan dan meningkatkan kewujudan destinasi ASEAN.

 

Mesyuarat juga mengetahui keputusan positif daripada aktiviti pemasaran, melalui penggunaan meluas jenama baharu dan slogan 'A Destination for Every Dream' dan menekankan keperluan untuk meningkatkan kerjasama dengan rakan kongsi yang berkaitan dalam memperkukuhkan usaha berterusan.

 

Mesyuarat berkenaan juga mengambil maklum dengan selesainya dua kajian yang disokong oleh Institut Penyelidikan Ekonomi untuk ASEAN dan Asia Timur (Economic Research Institute for ASEAN and East Asia-ERIA), iaitu Kajian Komprehensif Mengenai Pelaksanaan MRA-TP: Mekanisme Dipertingkat Untuk Profesional Pelancongan dan digalakkan untuk mengkaji semula cadangan yang dikemukakan dalam kajian.

 

Kajian untuk membangunkan Rangka Kerja mengenai Pembangunan Pelancongan Mampan di ASEAN dalam era pasca COVID-19 untuk membimbing sektor pelancongan ke laluan pelancongan yang lebih mampan juga disiapkan.

 

Menteri-menteri Pelancongan juga menggalakkan untuk memperkukuhkan usaha serantau dalam memulihkan dan membina keyakinan untuk meneruskan perjalanan, serta mempromosikan pelancongan ASEAN yang lebih mampan dan inklusif.

 

Mesyuarat juga menggesa untuk mempercepatkan latihan kemahiran digital pelancongan di seluruh rantau dengan kerjasama program ASEAN yang sudah ditubuhkan begitu juga dengan sektor swasta dan membincangkan peranan penting teknologi untuk mengenal pasti kemahiran yang relevan untuk menyokong usaha kelestarian destinasi pelancongan, kerana daya tahan jangka panjang sektor pelancongan ASEAN berkait rapat dengan kelestarian alam sekitar dan sosial.

 

Manakala bagi Mesyuarat ASEAN – Plus Three Tourism, para Menteri mengambil maklum bahawa negara-negara Campur Tiga meneruskan pelaksanaan langkah dan inisiatif untuk menggiatkan semula sektor pelancongan dengan menumpukan usaha mereka dalam meneroka cara untuk menjalin kerjasama yang lebih erat dengan pihak berkepentingan dalam sektor swasta.

 

Mesyuarat juga merakamkan penghargaan atas sumbangan aktif mereka, dalam melaksanakan Rangka Kerja Kerjasama Pelancongan ASEAN Campur Tiga 2021-2025 (ASEAN Plus Three Tourism Cooperation Work Plan 2021-2025) dan digalakkan untuk memberi tumpuan kepada pembinaan kapasiti; pelancongan mampan; transformasi digital; pemasaran pelancongan; memperkukuhkan peranan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PKS) pada tahun 2023; dan mengenal pasti inisiatif baharu, yang akan dilaksanakan pada tahun-tahun akan datang, untuk melengkapkan dan menyokong Pelan Strategik Pelancongan ASEAN 2016-2025 serta Pelan Pemulihan Pasca COVID-19 untuk pelancongan ASEAN.

 

Mesyuarat meraikan Tahun Ke-50 Persahabatan dan Kerjasama ASEAN-Jepun pada 2023, dan menantikan Dialog Khas Menteri Pelancongan ASEAN-Jepun, yang akan diadakan pada suku terakhir tahun 2023.

 

Mesyuarat berkenaan juga merakamkan penghargaan kepada Pusat ASEAN-China (ACC), Pusat ASEAN-Jepun (AJC) dan Pusat ASEAN-Korea (AKC) atas sokongan berterusan mereka dalam mengukuhkan kesalinghubungan rakyat dengan rakyat dan meningkatkan pemahaman budaya melalui pelbagai aktiviti pelancongan dan projek serta sumbangan mereka kepada pelaksanaan Rangka Kerja ASEAN Plus Three 2021-2025.

 

Sementara itu pada Mesyuarat ASEAN – India Tourism pula, mesyuarat menekankan keperluan untuk terus menyokong PKS pelancongan untuk menggalakkan peluang yang sama untuk meningkatkan pekerjaan bagi masyarakat tempatan dan aktiviti yang disokong  di bawah ASEAN Promotional Chapter for Tourism (APCT) India, untuk meningkatkan kesedaran tentang destinasi ASEAN dalam pasaran India.

 

Mesyuarat juga mengesahkan Rangka Kerja Pelancongan ASEAN-India 2023-2027 (ASEAN-India Tourism Work Plan 2023- 2027) dan mengesahkan komitmennya, untuk mempergiatkan usaha kerjasama dalam perkongsian awam, swasta, merentas negara dan serantau, untuk mempercepatkan pemulihan pelancongan di ASEAN dan India.

 

Pada Mesyuarat ASEAN – Russian Federation Tourism pula, mesyuarat menekankan kepentingan memajukan usaha untuk mempromosikan pelancongan yang mampan dan inklusif antara ASEAN dan Persekutuan Rusia seperti yang dinyatakan dalam Rangka Kerja Pelancongan ASEAN- Persekutuan Rusia 2022-2024 (ASEAN-Russia Federation Tourism Work Plan 2022-2024).

 

Mesyuarat berkenaan juga mengakui keperluan untuk menerima dan menggunakan teknologi baharu, untuk mengatasi cabaran dan membina masyarakat yang lebih berdaya tahan.

 

Sehubungan itu, mesyuarat juga menggalakkan kedua-dua belah pihak untuk mengukuhkan kerjasama, melalui pertukaran kepakaran dan amalan terbaik dalam menggunakan teknologi digital, mengurangkan jurang digital dengan memudahkan akses kepada teknologi maklumat dan komunikasi, serta membangunkan kemahiran untuk berkembang maju dalam ekonomi digital dalam ASEAN dan Rusia.

 

Majlis Anugerah Piawaian Pelancongan ASEAN (ASEAN Tourism Standards Awards Ceremony) telah diadakan pada 5 Februari 2023.

 

Dua entiti dari NBD menerima Anugerah Perkhidmatan Spa ASEAN Ke-2 (2nd ASEAN Spa Services Awards ) iaitu, Trueliving Spa dan Studio; dan Reflections Eco Holistic.

 

Sementara itu, Anugerah Tandas Awam ASEAN Ke-2 (2nd ASEAN Public Toilet Award) dianugerahkan kepada empat entiti iaitu Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (untuk Premium dan Premier); Muzium Teknologi Melayu; Restoran Sushi Kaizen; dan Seria Energy Lab.

 

NBD mengambil bahagian dalam Pelancongan ASEAN Pertukaran Perjalanan (ASEAN Tourism Forum Travel Exchange -TRAVEX) dari 3 hingga 5 Februari 2023.

 

TRAVEX adalah pameran perdagangan perniagaan-ke-perniagaan, yang merupakan sebahagian daripada Forum Pelancongan Tahunan, untuk penjualan dan pembelian serantau dan produk pelancongan individu Negara-negara Anggota ASEAN.

 

TRAVEX bertujuan, untuk menyediakan peluang padanan perniagaan bagi pembekal produk dan perkhidmatan pelancongan di samping memupuk rangkaian perniagaan.

 

NBD diwakili oleh Jabatan Kemajuan Pelancongan, Royal Brunei dan The Empire Brunei.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Lok Sabha Elections 2024: Millions Brave Searing Heat To Vote In India

 2024-05-07 09:03:38

How Quantum Physics Could 'Revolutionise Everything'

 2024-05-07 09:46:30