FacebookInstagramTwitterContact

 

Rains in southern Brazil kill at least 39, some 70 still missing           >>           More migrant dinghies cross Channel to England despite Rwanda threat           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           House Collapse Incident           >>           Visit to the Republic of Singapore           >>           Tahfiz Al-Quran Institute Higher Diploma Studies Enrolment           >>           Library Professionals Workshop           >>           Revolutionary AI for Property Valuation Seminar           >>           Road Closure           >>           Pipes Installation Work           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pelawat Tidak Perlu Ujian ART Semasa Melawat Pesakit Di Wad


 


 February 8th, 2023  |  09:51 AM  |   165 views

BERAKAS

 

Para pelawat tidak lagi dikehendaki untuk membuat ujian ART sebelum datang mengunjungi pesakit-pesakit di wad-wad; dan pemakaian sungkup muka hanya dimestikan di kawasan-kawasan klinikal sahaja.

 

Manakala langkah-langkah pengawalan lain adalah masih dikekalkan iaitu ujian ART akan terus dilakukan bagi pesakit-pesakit yang akan dimasukkan ke hospital untuk rawatan; dan pesakit-pesakit yang juga dijangkiti COVID-19 akan dirawat di wad-wad pengasingan yang dikhaskan.

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah memaklumkan mengenai perkara itu pada Sidang Media Normal Baharu COVID-19 di Negara Brunei Darussalam yang berlangsung di Dewan Al-'Afiah, Kementerian Kesihatan, petang tadi berkenaan dengan pengemaskiniaan dan melaksanakan langkah-langkah pengawalan di hospital-hospital dan klinik-klinik (termasuk hospital dan klinik swasta).

 

Yang Berhormat juga mengongsikan bahawa Sidang Media Mingguan Kementerian Kesihatan akan diadakan mengikut keperluan sahaja dan tidak lagi diadakan secara tetap pada setiap minggu.

 

Walau bagaimanapun, maklumat tertentu mengenai COVID-19 akan terus dibarigakan melalui media massa.

 

Berikutan dengan beberapa laporan mengenai peningkatan kes di beberapa buah negara, rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam adalah dinasihatkan untuk tidak perlu berasa cemas atau panik.

 

“Jawatankuasa Pandu COVID-19 sentiasa memantau keadaan semasa jangkitan COVID-19 di negara ini serta di peringkat serantau dan global dan membuat penilaian risiko mengenai impaknya terhadap sistem kesihatan di negara ini, di samping memastikan apa jua langkah-langkah pengawalan yang dikenakan adalah bersesuaian, demi menjaga keselamatan, kesejahteraan dan keamanan rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam," jelas Yang Berhormat lagi.

 

Tambahnya, negara akan sentiasa bersedia menghadapi apa jua situasi dengan adanya sistem kesihatan yang mantap berserta dengan kadar vaksinasi dan tahap imuniti yang tinggi, sekali gus dapat mengawal situasi berkenaan dengan baik, insyaaAllah.

 

“Apa jua perubahan dan pengemaskinian mengenai langkah-langkah pengawalan COVID-19 sudah setentunya akan segera dimaklumkan kepada orang ramai," ujarnya lagi.

 

Dalam pada itu, orang ramai adalah dinasihatkan untuk memastikan status vaksinasi COVID-19 mereka dikemas kini, sesuai dengan saranan Kementerian Kesihatan.

 

Mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, dos penggalak COVID-19 boleh diberikan kepada mereka yang berumur 18 tahun ke atas yang sudah melebihi enam bulan dari tarikh terakhir mendapatkan vaksin COVID-19 atau dari tarikh mendapat jangkitan COVID-19 iaitu dikira dari tarikh yang terkemudian, dan tanpa mengira jumlah dos penggalak yang telah diterima.

 

Marilah kita terus berdoa dan bertawakal ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala supaya sentiasa memberikan perlindungan dan keselamatan kepada kita daripada apa jua bencana dan wabak, termasuk jangkitan COVID-19 ini.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07