FacebookInstagramTwitterContact

 

How To Watch Boeing's 1st Starliner Astronaut Launch On May 6 Live Online           >>           Jack Dorsey Says (On X) That He’s Not On The Bluesky Board Anymore           >>           Al Jazeera Office Raided As Israel Takes Channel Off Air           >>           Bushmills: Man Nailed To Fence In 'Sinister Attack'           >>           US Campus Protests: 'Student Arrests Will Be My Final College Memory'           >>           Is Zimbabwe Zigzagging Into Further Currency Chaos?           >>           Improve Standard of Living           >>           Brunei International Wushu Championship           >>           Educational Intervention Programme Briefing           >>           Conversion Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pengemaskinian Sukat-Sukat Langkah Pengawalan COVID-19


 


 February 8th, 2023  |  09:55 AM  |   179 views

BERAKAS

 

Pada menjunjung titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Jawatankuasa Pandu COVID-19 ingin memaklumkan mengenai pengemaskinian sukat-sukat langkah pengawalan COVID-19 yang akan bermula pada Rabu, 15 Februari 2023, seperti berikut :

 

Akta Penyakit Berjangkit Penggal 204 tidak lagi digunakan sebagai sandaran untuk mengkehendaki kes-kes positif COVID-19 menjalani pengasingan diri mandatori.

 

Perkara itu adalah mengambil kira bahawa Negara Brunei Darussalam telah memasuki Fasa Endemik kira-kira setahun yang lalu dan rakyat serta penduduk di negara ini mempunyai tahap imuniti yang tinggi bagi perlindungan masyarakat umum yang diperoleh melalui vaksinasi dan jangkitan semula jadi (hybrid immunity).

 

Perkara tersebut juga adalah selaras dengan garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah memaklumkan mengenai perkara itu pada Sidang Media Normal Baharu COVID-19 di Negara Brunei Darussalam yang berlangsung di Dewan Al-'Afiah, Kementerian Kesihatan, petang tadi.

 

Menurut Yang Berhormat, maka dengan perubahan itu, sesiapa yang positif ujian Antigen Rapid Test (ART) adalah digalakkan untuk memuat naik keputusan ART ke aplikasi BruHealth.

 

Walau bagaimanapun, Perintah Kuarantin (Quarantine Order) akan ditiadakan dan digantikan dengan Nasihat untuk Pengasingan Diri.

 

Penggunaan kod berwarna ungu di dalam aplikasi BruHealth adalah masih dikekalkan, walau bagaimanapun, ia akan digunakan sebagai pengesahan dan tujuan Sijil Sakit sahaja, dan bukan untuk pengasingan diri mandatori.

 

Pada masa ini, kes-kes positif adalah dikehendaki menjalani pengasingan diri mandatori selama lima ke 10 hari, iaitu tertakluk kepada hasil ujian ART selepas hari kelima.

 

“Dengan pengemaskinian ini nanti, kes-kes positif COVID-19 adalah cuma dinasihatkan menjalani pengasingan diri dalam tempoh tiga ke lima hari sahaja.

 

“Sesiapa yang memilih untuk membuat pengasingan diri boleh menamatkan pengasingan diri selepas hari kelima atau pada bila-bila masa menjadi negatif selepas hari ketiga," terang Yang Berhormat lagi.

 

Tambahnya, kontak-kontak terdekat bagi kes-kes positif COVID-19 adalah tidak lagi dikehendaki untuk menjalani pengasingan diri dan oleh yang demikian, kod merah di dalam aplikasi BruHealth adalah ditiadakan.

 

Walau bagaimanapun, sesiapa yang mempunyai tanda-tanda jangkitan atau simptom adalah dinasihatkan untuk membuat ujian ART.

 

Yang Berhormat juga mengongsikan mengenai penjarakan fizikal mengikut ukuran lebar tikar sembahyang (bersaiz besar) bagi Sembahyang Fardu Berjemaah dan Sembahyang Fardu Jumaat di masjid-masjid tidak lagi diperlukan dan penggunaan tikar sembahyang sendiri tidak dimestikan.

 

Dengan adanya perubahan-perubahan ini, gelaran 'Protokol Kesihatan bagi COVID-19' adalah digantikan sebagai 'Nasihat Kesihatan bagi COVID-19' (Health Advisory).

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07