FacebookInstagramTwitterContact

 

Rains in southern Brazil kill at least 39, some 70 still missing           >>           More migrant dinghies cross Channel to England despite Rwanda threat           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           House Collapse Incident           >>           Visit to the Republic of Singapore           >>           Tahfiz Al-Quran Institute Higher Diploma Studies Enrolment           >>           Library Professionals Workshop           >>           Revolutionary AI for Property Valuation Seminar           >>           Road Closure           >>           Pipes Installation Work           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Memodenkan Pengurusan Risiko Kredit Menggunakan AI


 


 February 8th, 2023  |  14:43 PM  |   216 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Bank Baiduri telah membuat perjanjian bersama syarikat teknologi kewangan (FinTech)  iaitu finbots.ai yang di sokong Accel (Accel-backed finbots.ai), hari ini. Accel-backed finbots.ai merupakan sebuah  Business-to-Business (B2B) Software as a Service (SaaS) FinTech yang berpangkalan di Singapura, bagi memodenkan pengurusan risiko kredit dengan menggunakan Artificial Intelligence (AI).

 

finbots.ai telah diiktiraf antara '10 FinTech Terbaik di Singapura' pada Anugerah FinTech anjuran Penguasa Kewangan Singapura (MAS) 2022 dan finalis pada MEED's SME Awards 2022 untuk Kategori 'Gulf Capital Fintech Solution of the Year'.

 

Ia juga merupakan sebahagian daripada PwC's Partner Programmed dan rakan kongsi pilihan untuk Tata Consultancy Services, dengan pejabat di India (Hyderabad), Emiriah Arab Bersatu (Dubai), Indonesia (Jakarta), Filipina (Manila) dan Nairobi (Kenya).

 

Penyelesaian pemodelan finbots creditX, a B2B SaaS AI-powered credit membantu pemberi pinjaman membina, mengesahkan dan menggunakan model kredit berprestasi tinggi merentas kitaran hayat kredit penuh aplikasi, tingkah laku dan pengumpulan.

 

Ia digunakan oleh 'lenders' di empat wilayah, khususnya Afrika, Timur Tengah, Asia Utara dan Asia Tenggara malah spektrum penuh syarikat pemberi pinjaman, termasuk bank digital, pemberi pinjaman PKS, pemberi pinjaman pengguna dan Biro Kredit.

 

Mengguna pakai finbots' AI credit modelling solution, creditX, akan membolehkan Bank Baiduri membangun dan menggunakan kad skor kredit berkualiti tinggi pada sebahagian kecil daripada masa dan kos.

 

Ini akan mengakibatkan pengurangan risiko kredit, peningkatan kecekapan dan ketangkasan yang lebih baik untuk perniagaan runcit dan PKS serta mempercepatkan pemacu rangkuman kewangan bank untuk pasaran kredit yang kurang mendapat perkhidmatan.

 

Dengan langkah ini, Bank Baiduri akan menjadi bank pertama di Negara Brunei Darussalam yang berpindah kepada 'AI-led credit risk management solution'.

 

The pivot to finbots.ai merupakan sebahagian daripada pelaburan strategik Bank Baiduri dalam perjalanan transformasi perniagaan dan memanfaatkan teknologi untuk meningkatkan kecekapan operasi, keupayaan analisis dan pengalaman pelanggan.

 

Bank Baiduri melibatkan IDC untuk menjalankan penilaian pasaran yang teliti dan finbots.ai telah dipilih untuk memenuhi keperluan semasa dan masa hadapan mereka mengenai pengurusan risiko kredit.

 

“Kami berbangga untuk menambah bank terkemuka dan progresif seperti Bank Baiduri kepada pangkalan pelanggan kami yang berkembang pesat.

 

“CreditX akan mengubah secara radikal rantaian nilai pengurusan risiko kredit bank dan membuka peluang baharu kepada mereka untuk mendemokrasikan akses kepada kredit pada skala, kelajuan dan sebahagian kecil daripada kos.

 

“Kami melihat permintaan kukuh untuk creditX daripada penyedia perkhidmatan kewangan besar dan kecil di seluruh dunia dan perjanjian ini merupakan bukti lanjut keupayaan penyelesaian kami untuk memperkasakan pemberi pinjaman untuk pinjaman yang lebih bijak, lebih pantas dan inklusif," kata Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif finbots.ai, Sanjay Uppal.

 

“Penggunaan teknologi baharu dan analisis ramalan lanjutan untuk skor kredit mewujudkan peluang baharu bagi bank untuk meningkatkan proses membuat keputusan kredit, sekali gus mengukuhkan pengurusan risiko dan kecekapan operasi.

 

“Ia juga merupakan salah satu blok binaan asas pengalaman 'onboard omnichannel' yang lancar. Sebagai sebuah institusi kewangan terkemuka, kami ingin bekerjasama dengan syarikat yang paling inovatif dan penyelesaian finbots.ai, creditX, yang pengubah permainan dalam pemodelan kredit yang menyokong perjalanan transformasi digital kami," ujar Ketua Pegawai Eksekutif Bank Baiduri, Ti Eng Hui.

 

“Bank Baiduri dan pasukan kepimpinannya sentiasa percaya bahawa pengalaman pelanggan yang diterajui teknologi akan membezakan mereka dari bank lain di rantau ini.

 

“Tidak hairanlah apabila ia datang kepada 'bread-and-butter business of lending', mereka mengambil pendekatan yang sama. Untuk membantu mereka membuktikan masa depan keputusan kredit mereka (dan pengurangan risiko), kami menyenaraikan pendek beberapa vendor dalam ruang itu.

 

“Finbots.ai muncul sebagai pemenang yang jelas. Pada pendapat kami, ia adalah satu-satunya penyelesaian dalam pasaran dengan tawaran keputusan kredit berasaskan SaaS tanpa Kod, dikuasakan AI," kata Pengarah Urusan, Perkhidmatan kewangan Global di IDC, Cyrus Daruwala.

 

finbots.ai baru-baru ini telah berjaya menyelesaikan A.I. Verify pilot, rangka kerja dan kit alat ujian tadbir urus AI pertama di dunia yang dibangunkan oleh Infocomm Media Development Authority (IMDA) dan Personal Data Protection Commission (PDPC) Singapura.

 

Ini mengesahkan prestasi penyelesaian creditX berdasarkan prinsip AI yang adil, boleh dijelaskan dan boleh dipercayai, dengan cara yang objektif dan boleh disahkan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07