Home > Bahasa Melayu
7 Siswazah Unissa Ikuti Ouicp
February 8th, 2023 | 14:55 PM | 185 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Seramai tujuh pelajar siswazah Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) berlepas ke Osaka, Jepun bagi mengikuti The Osaka University International Certificate Programme (OUICP).
Pelajar yang menyertai program ini merupakan pelajar siswazah yang mengambil jurusan Master of Halal Science di Pusat Penyelidikan Halalan Thayyiban, UNISSA. Program ini akan berjalan selama dua bulan di Kampus Suita, Osaka University, Jepun.
Kumpulan pelajar ini merupakan kumpulan ketiga yang mengikuti program ini sejak ia ditawarkan pada tahun 2020. Pelajar juga menerima biasiswa daripada Osaka University dan Japan Student Services Organization.
Osaka University merupakan salah satu universiti yang berprestij dan dalam kedudukan tiga teratas di antara universiti di Jepun.
Reputasi ini menunjukkan inisiatif mereka untuk menawarkan program-program bagi pelajar luar dengan mengenalkan program dibawah Osaka University ASEAN Campuses seperti The Osaka University International Certificate Programme.
UNISSA menyambut baik peluang yang ada bagi pelajar untuk menimba ilmu dan menambah pengalaman dengan mengikuti program pengantarabangsaan yang ditawarkan oleh mana-mana universiti di luar negara.
Peluang pelajar untuk meningkatkan prestasi akademik dan juga menyerlah dalam penyelidikan halal dan seterusnya dapat meningkatkan 'employability' pelajar dalam industri halal yang semakin berkembang pesat.
Turut hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat berlepas ialah Pengarah di Pusat Penyelidikan Halalan Thayyiban UNISSA, Pengiran Dr. Hajah Norkhairiah binti Pengiran Haji Hashim beserta tenaga akademik yang lain.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]