FacebookInstagramTwitterContact

 

How To Watch Boeing's 1st Starliner Astronaut Launch On May 6 Live Online           >>           Jack Dorsey Says (On X) That He’s Not On The Bluesky Board Anymore           >>           Al Jazeera Office Raided As Israel Takes Channel Off Air           >>           Bushmills: Man Nailed To Fence In 'Sinister Attack'           >>           US Campus Protests: 'Student Arrests Will Be My Final College Memory'           >>           Is Zimbabwe Zigzagging Into Further Currency Chaos?           >>           Improve Standard of Living           >>           Brunei International Wushu Championship           >>           Educational Intervention Programme Briefing           >>           Conversion Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Hubungan Kerjasama NBD, Republik Turkiye Terus Diperkukuh


 


 February 9th, 2023  |  14:30 PM  |   217 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib hari ini menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Turkiye ke Negara Brunei Darussalam (NBD), Tuan Yang Terutama Profesor Dr. Hamit Ersoy.

 

Majlis diadakan di Bangunan Dewan Majlis, Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat.

 

Hadir sama dalam kunjungan hormat tersebut ialah Setiausaha Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet dan Jurutulis MMN, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Jaya Dato Paduka Awang Haji Judin bin Haji Asar.

 

Pada kunjungan hormat tersebut, kedua-dua belah pihak menyentuh mengenai beberapa isu semasa yang menjadi keprihatinan bersama. Yang Berhormat Yang Di-Pertua menzahirkan rasa simpati dan mengucapkan takziah berikutan bencana gempa bumi yang berlaku di Turkiye baru-baru ini.

 

Dalam kenyataan Yang Berhormat, beliau yakin bahawa rakyat Turkiye akan dapat mengharungi keadaan yang sukar tersebut dengan penuh kesabaran dan ketabahan.

 

Tuan Yang Terutama juga merakamkan rasa terima kasih atas perasaan simpati yang dizahirkan oleh NBD dan di atas doa-doa yang dihulurkan bagi mangsa yang terbabit dalam bencana tersebut.

 

TYT dalam kenyataannya juga menimbulkan hasrat untuk mengadakan lawatan bagi Ahli Parlimen di antara kedua-dua buah negara yang mana keinginan tersebut disambut baik oleh Yang Berhormat.

 

NBD dan Republik Turkiye mempunyai hubungan kerjasama yang erat dalam pelbagai bidang terutamanya perdagangan, pelancongan, pendidikan, kebudayaan, kesukanan dan keselamatan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07