FacebookInstagramTwitterContact

 

How To Watch Boeing's 1st Starliner Astronaut Launch On May 6 Live Online           >>           Jack Dorsey Says (On X) That He’s Not On The Bluesky Board Anymore           >>           Al Jazeera Office Raided As Israel Takes Channel Off Air           >>           Bushmills: Man Nailed To Fence In 'Sinister Attack'           >>           US Campus Protests: 'Student Arrests Will Be My Final College Memory'           >>           Is Zimbabwe Zigzagging Into Further Currency Chaos?           >>           Improve Standard of Living           >>           Brunei International Wushu Championship           >>           Educational Intervention Programme Briefing           >>           Conversion Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Gerakan Operasi Sepadu Berjaya Merampas Barang Tegahan


 


 February 10th, 2023  |  11:33 AM  |   137 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) melalui Bahagian Penguatkuasa Undang-Undang telah menjalankan satu gerakan operasi sepadu bersama Polis Marin, Pasukan Polis Diraja Brunei dan Markas Angkatan Bersama, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei di Perairan Sungai Brunei tertumpu di kawasan Kampung Bolkiah B dan persekitaran Pulau Berambang.

 

 Hasil gerakan operasi tersebut dijalankan pada Jumaat, 3 Februari 2023 di salah satu anak sungai kawasan Pulau Berambang, JKED telah berjaya merampas sebanyak 4,610 karton rokok pelbagai jenis dan 180 botol minuman keras pelbagai jenis.

 

Turut dirampas adalah tiga buah perahu yang berukuran 21 kaki berserta enjin yang digunakan untuk membawa barang-barang tegahan Kastam.

 

Kesemua barang-barang tegahan yang telah dirampas dibawa ke Pejabat Penguatkuasaan Undang-Undang untuk tindakan pelupusan.

 

JKED ingin menasihatkan kepada orang ramai agar sentiasa mematuhi mana-mana perundangan negara ini dan menghindari dari melakukan kegiatan-kegiatan penyeludupan atau membawa masuk dan keluar barang-barang tegahan, sekatan dan juga larangan Kastam.

 

Memiliki barang-barang tegahan Kastam adalah menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 146, Perintah Eksais 2006.

 

 JKED turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang ramai yang telah memberikan kerjasama dengan menyalurkan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan aktiviti yang menyalahi perundangan dan peraturan yang dikuatkuasakan oleh JKED.

 

Orang ramai dialu-alukan untuk mengongsikan maklumat berkaitan apa jua kegiatan penyeludupan barang-barang tegahan Kastam atau apa jua aktiviti yang menyalahi perundangan Kastam dengan menghubungi JKED melalui Talian Utama JKED +673 8714422 atau +673 8721422 atau pejabat Kastam yang berdekatan.

 

Pihak JKED juga memberi jaminan bahawa identiti setiap pemberi maklumat adalah dirahsiakan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07