FacebookInstagramTwitterContact

 

How To Watch Boeing's 1st Starliner Astronaut Launch On May 6 Live Online           >>           Jack Dorsey Says (On X) That He’s Not On The Bluesky Board Anymore           >>           Al Jazeera Office Raided As Israel Takes Channel Off Air           >>           Bushmills: Man Nailed To Fence In 'Sinister Attack'           >>           US Campus Protests: 'Student Arrests Will Be My Final College Memory'           >>           Is Zimbabwe Zigzagging Into Further Currency Chaos?           >>           Improve Standard of Living           >>           Brunei International Wushu Championship           >>           Educational Intervention Programme Briefing           >>           Conversion Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Jumlah Perdagangan Meningkat 41.1 Peratus


 


 February 10th, 2023  |  11:35 AM  |   149 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Jumlah perdagangan meningkat sebanyak 41.1 peratus daripada BND2,024.8 juta pada bulan November 2021 kepada BND2,856.8 juta pada bulan November 2022, yang didorong oleh kenaikan dalam kedua-dua nilai eksport dan import antara tempoh berkenaan.

 

Berbanding bulan Oktober 2022, jumlah perdagangan meningkat sebanyak 15.3 peratus disebabkan oleh  kenaikan jumlah eksport, terutamanya bahan api galian.

 

Jumlah eksport meningkat sebanyak 31.0 peratus daripada BND1,289.4 juta pada bulan November 2021 kepada BND1,689.6 juta pada bulan November 2022.

 

Ini terutamanya disebabkan oleh kenaikan eksport bahan api galian daripada BND1,041.2 juta kepada BND1,332.8 juta dalam tempoh yang sama.

 

Peningkatan eksport bahan api galian adalah didorong oleh peningkatan dalam nilai eksport minyak mentah, gas cecair asli (LNG) dan produk-produk petroleum.

 

Peningkatan eksport minyak mentah adalah terutamanya disebabkan oleh peningkatan harga purata sebanyak 18.3 peratus daripada USD83.91 setong pada bulan November 2021 kepada USD99.23 setong pada bulan November 2022 dan juga peningkatan jumlah isi padu daripada 67.63 ribu tong sehari pada bulan November 2021 kepada 79.18 ribu tong sehari pada bulan November 2022.

 

Manakala, peningkatan eksport LNG adalah terutamanya disebabkan oleh kenaikan harga eksport sebanyak 37.2 peratus daripada USD10.94 per MMBtu kepada USD15.00 per MMBtu.

 

Bagi eksport produk-produk petroleum, ia mencatatkan peningkatan daripada BND467.9 juta kepada BND588.8 juta, dan komoditi utama adalah bahan api diesel automotif.

 

Dari segi komoditi eksport, bahan api galian merupakan penyumbang utama eksport Negara Brunei Darussalam, iaitu sebanyak 78.9 peratus; diikuti dengan bahan kimia sebanyak 18.9 peratus; dan jentera dan kelengkapan pengangkutan sebanyak 1.1 peratus.

 

Pasaran eksport utama pada bulan November 2022 adalah Australia (27.8 peratus), diikuti oleh Malaysia (16.2 peratus) dan Republik Rakyat China (15.4 peratus).

 

Komoditi eksport terbesar ke Australia dan Malaysia adalah bahan api galian, manakala Republik Rakyat China adalah bahan kimia.

 

Jumlah nilai import meningkat daripada BND735.4 juta pada bulan November 2021 kepada BND1,167.2 juta pada bulan November 2022, terutamanya disebabkan oleh peningkatan import bahan api galian khususnya minyak mentah sebagai input pengeluaran bagi industri petrokimia hiliran.

 

Lima komoditi import utama pada bulan November 2022 adalah bahan api galian sebanyak 62.4 peratus, diikuti oleh jentera dan kelengkapan pengangkutan sebanyak 19.5 peratus, makanan sebanyak 6.1 peratus, bahan kimia sebanyak 4.1 peratus, dan barang-barang keluaran kilang sebanyak 3.9 peratus.

 

Sumbangan terbesar rakan dagangan import adalah dari Malaysia sebanyak 22.1 peratus, diikuti oleh Emiriah Arab Bersatu sebanyak 15.0 peratus dan Qatar sebanyak 12.1 peratus, dengan bahan api galian sebagai komoditi import terbesar.

 

Kebanyakan import negara, iaitu sebanyak 58.1 peratus adalah digunakan sebagai barangan perantaraan bagi pemprosesan, diikuti oleh barangan modal sebanyak 38.4 peratus bagi operasi perniagaan dan barangan penggunaan sebanyak 3.5 peratus bagi kegunaan isi rumah.

 

Pengangkutan laut memberi sumbangan bahagian tertinggi bagi kedua-kedua eksport dan import yang berjumlah BND2,598.9 juta atau 91.0 peratus.

 

Ini diikuti oleh pengangkutan udara sebanyak BND226.3 juta  atau 7.9 peratus dan melalui darat sebanyak BND31.5 juta atau 1.1 peratus.

 

Laporan Perangkaan Perdagangan Barangan Antarabangsa bagi bulan November 2022 boleh didapati melalui laman sesawang JPES di https://deps.mofe.gov.bn.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07