Home > Bahasa Melayu
Bersama Meningkatkan Bekalan Darah
February 10th, 2023 | 11:43 AM | 101 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan bahawa Tabung Darah Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait memerlukan semua kumpulan darah bagi keperluan pesakit-pesakit renal.
Bantuan orang ramai adalah sangat diharapkan dalam sama-sama membantu meningkatkan bekalan darah di Tabung Darah hospital ini.
Orang ramai yang ingin menderma darah bolehlah berkunjung terus ke Tabung Darah Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait, bermula jam 8.00 pagi hingga 11.30 pagi dan 1.45 petang hingga 3.30 petang pada hari-hari bekerja sahaja.
Sehubungan ini, Pusat Pendermaan Darah di Jabatan Perkhidmatan Makmal juga akan mengadakan kempen-kempen derma darah seperti yang dijadualkan di dalam Rajah 1.
Kempen-kempen derma darah tersebut dibukakan bagi penyertaan orang ramai
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]