FacebookInstagramTwitterContact

 

Improve Standard of Living           >>           Brunei International Wushu Championship           >>           Educational Intervention Programme Briefing           >>           Conversion Ceremony           >>           Munajat Night           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration, KOTIBA           >>           Aidilfitri Get-Together           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration, Islamic Da'wah Centre           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration, Kampung Bukit Panggal           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration, MKOKU           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


PMB Kongsi Maklumat Keusahawanan Bersama Peserta


 


 February 10th, 2023  |  11:45 AM  |   118 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Program Masyarakat Bermaklumat (PMB) bagi para jemaah muslimah masjid- masjid Mukim Keriam, Daerah Tutong hari ini diteruskan lagi dengan mendengar beberapa taklimat dan lawatan bagi mempertingkatkan taraf hidup dan ekonomi melalui aktiviti keusahawanan.

 

Pada hari kedua, para peserta berpeluang mendengarkan taklimat bertajuk 'Jenayah Siber' yang disampaikan oleh Pegawai Operasi dari Cyber Security Brunei, Dayang Nomi Hafiz Zakiah binti Haji Pawi yang antara lain menyentuh mengenai perkongsian maklumat peribadi terperinci secara dalam talian yang boleh digunakan oleh penjenayah siber dengan mengeksploitasinya secara mudah untuk melakukan jenayah terancang.

 

Melalui taklimat berkenaan juga, para peserta didedahkan dengan pelbagai isu yang berkaitan dengan jenayah siber untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai bahaya salah guna teknologi media sosial, seperti 'cyber-bully' dan penipuan dalam talian atau 'scamming' atau 'pishing' serta peras ugut.

 

Turut disentuh ialah Akta Penyalahgunaan Komputer Brunei, ancaman dalam talian seperti Ransomware dan kebaikan serta keburukan membeli-belah secara dalam talian yang menjadi trend pada masa ini.

 

Sementara taklimat kedua pula mengenai 'Konsep Makanan Halal Dalam Islam' yang disampaikan oleh Guru Ugama Terlatih, Bahagian Kawalan Makanan Halal, Jabatan Hal Ehwal Syariah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Dayang Hardewi binti Haji Hassim mengenai peranan Jawatankuasa Pemeriksaan Sijil Halal dan Label Halal (AJKP) dan proses permohonan Sijil Halal.

 

Sementara itu, Ketua Perniagaan Retail, Awang Norasman bin Suleiman; dan Penasihat HSSE Perniagaan Retail, Awang Haji Shahruddin bin Haji Abd. Wahid dalam taklimat mereka menyentuh mengenai 'Kempen Isi Selamat Rasa Selamat : Pematuhan Garis Pandu dan Peraturan di Stesen Minyak' yang antara lain bertujuan untuk mendidik dan memberikan kesedaran kepada orang ramai terutama kepada pelanggan yang datang ke stesen-stesen minyak agar dapat mematuhi langkah-langkah dan garis panduan keselamatan sebelum, semasa dan selepas membuat pengisian minyak di stesen minyak Shell.

 

Di samping itu juga turut dikongsikan beberapa cabaran yang dihadapi oleh Juara Servis (Service Champion) dan insiden-insiden yang pernah berlaku di stesen minyak.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07