FacebookInstagramTwitterContact

 

Kate Shares New Photo Of Smiling Charlotte To Celebrate Her Ninth Birthday           >>           Reginald The Cat Has A Filthy Habit For Stealing Underwear From Strangers           >>           Travis Kelce Makes Surprise Appearance At Pre-2024 Kentucky Derby Party           >>           Anna Nicole Smith's Daughter Dannielynn Birkhead, 17, Debuts New Look At Kentucky Derby           >>           Turmeric Extract Combats The Joint-Damaging Effects Of Arthritis           >>           Cranberries Prevent Cancer And Many Other Chronic Diseases           >>           Boeing Starliner Rolls Out To Launch Pad For 1st Astronaut Flight On May 6 (Photos)           >>           Parrots in captivity seem to enjoy video-chatting with their friends on Messenger           >>           Google prohibits ads promoting websites and apps that generate deepfake porn           >>           Threads Now Lets You Control Who Can Quote Your Posts           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pusat Kecemerlangan Sejarah, Kesultanan Brunei Dilancarkan


 


 February 10th, 2023  |  11:47 AM  |   135 views

ANGGEREK DESA

 

Majlis Pelancaran Pusat Kecemerlangan Sejarah dan Kesultanan Brunei sempena 41 Tahun Penubuhan Pusat Sejarah Brunei (PSB) berlangsung di Pusat Pengkajian Borneo, Anggerek Desa, di sini, pagi tadi.

 

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad.

 

Atur cara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat oleh Awang Alomsa Noradzmin bin Haji Alli Omar.

 

Majlis turut diselajurkan dengan perasmian bilik rujukan khas sumber sejarah dan kesultanan Brunei yang dikenali sebagai Bilik Koleksi Sumber Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama Profesor Kehormat Dr. Haji Awang Mohd. Jamil Al-Sufri.

 

Terdahulu, Pengetua PSB, Dr. Awang Haji Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong semasa menyampaikan ucapan alu-aluannya menjelaskan PSB telah mencapai hasratnya menjadi Pusat Kecemerlangan Sejarah dan Kesultanan Brunei pada tahun ini, sesuai dengan usia penubuhannya yang kini mencapai empat dekad.

 

"Hasrat ini sudah tentu tidak dapat dicapai tanpa sokongan dan dokongan daripada semua pihak khususnya Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) selaku indung kepada PSB dan juga kerjasama berterusan daripada rakan-rakan strategik.

 

“Sejak ditubuhkan pada 26 Januari 1982, PSB terus berkembang maju dengan pelbagai pencapaian serta berjaya mengharungi apa jua cabaran dalam memelihara, mempertahan, melestari dan memartabatkan persejarahan negara semasa di bawah kepimpinan Allahyarham Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama Profesor Kehormat Dr. Haji Mohd. Jamil Al-Sufri bin Begawan Pehin Udana Khatib Dato Seri Paduka Haji Awang Umar," ujarnya.

 

Dr. Awang Haji Muhammad Hadi seterusnya menerangkan penubuhan Bilik Koleksi Sumber Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama Profesor Kehormat Dr. Haji Awang Mohd. Jamil Al-Sufri tersebut secara langsung akan menjadi nilai tambah bagi mengembang dan meningkatkan lagi kemudahan perkhidmatan rujukan dan kajian di PSB khususnya terhadap sejarah dan sistem kesultanan Negara Brunei Darussalam.

 

"Bilik Koleksi Sumber ini menyimpan lebih daripada 3,427 koleksi termasuk bahan rujukan simpanan peribadi Allahyarham Pehin yang merangkumi buku, jurnal, majalah, artikel, manuskrip, salasilah, dokumen, risalah, gambar, surat, keratan akhbar, fail, rekod, dan kitab agama yang pernah digunakan oleh Allahyarham Pehin dalam menghasilkan kajian dan penyelidikan tentang budaya, adat istiadat, sejarah dan kesultanan Negara Brunei Darussalam.

 

“Inilah satu peninggalan ilmu yang amat berharga bagi kita dan juga menjadi sedekah, amal jariah yang ditinggalkan dan diwariskan kepada bangsa dan Negara Brunei Darussalam," tambahnya.

 

Diharapkan bilik koleksi sumber ini akan dapat menjadikan PSB sebagai destinasi pilihan bagi Institusi Pengajian Tinggi Kerajaan dan Swasta serta Agensi Kerajaan untuk mendapatkan rujukan dan sumber mengenai sejarah dan Kesultanan Brunei ke arah meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang persejarahan negara.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07