FacebookInstagramTwitterContact

 

Media Statement on the Issue of Replacing Pre-Paid Meter to USMS           >>           Fire and Rescue Department Events           >>           Khatam Al-Qur'an Ceremony           >>           Azan Subuh Competition           >>           Songdai Beraya with New Converts Ceremony           >>           Ramah Mesra Aidilfitri Ceremony           >>           Opening of Self-Identity Programme           >>           Kesyukuran Ceremony           >>           64th Fire and Rescue Department Celebration Parade           >>           Certificate Presentation for Executive Development Programme           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Tekankan Kepentingan Penyediaan Skim Akreditasi Standard Kebangsaan


 


 February 10th, 2023  |  11:50 AM  |   128 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kementerian Kewangan dan Ekonomi melalui Pusat Standard Kebangsaan (PSK), dengan kerjasama dua hala dengan European Union Aviation Safety Agency (EASA) melalui inisiatif di bawah EU-South East Asia Cooperation on Mitigating Climate Change impact from Civil Aviation for the Carbon Off setting and Reduction Scheme for International Aviation (EUSEA CCCA CORSIA) mengadakan sesi sosialisasi Opportunities and Advantages in Launching Greenhouse Gas (GHG) Accreditation Scheme of ISO 14065 in Brunei Darussalam yang diadakan pada 7-8 Februari 2023 bertempat di Radisson Hotel, Bandar Seri Begawan.

 

Sesi sosialisasi ini bertujuan untuk memperkenalkan kepentingan standard GHG seperti ISO 14064:2018 yang mana menetapkan keperluan bagi badan-badan yang melaksanakan pengesahan penyata maklumat alam sekitar dan ISO 14064:2018, iaitu standard untuk mengukur dan melaporkan pelepasan gas rumah hijau.

 

Sesi ini juga menekankan kepentingan peranan akreditasi dalam menilai kecekapan dan kebolehpercayaan badan-badan penilaian konformiti dalam melaksanakan perkhidmatan pengesahan yang berkaitan dengan pelepasan gas rumah hijau.

 

Daripada pemantauan pelepasan gas rumah hijau kepada ujian dan pemeriksaan barangan elektrik efisien tenaga, kepada penjana tenaga solar, angin, gelombang dan nuklear, ia adalah penting untuk memastikan ukuran yang tepat, pemeriksaan yang cekap, ujian yang boleh dipercayai dan tuntutan yang boleh disahkan.

 

Akreditasi pula akan melaksanakan penilaian ke atas badan-badan penilaian konformiti tersebut dalam memberikan perkhidmatan pengujian, pengukuran, pemeriksaan, pengesahan produk dan sistem yang diiktiraf sebagai asas dalam mendukung dasar kerajaan dan inisiatif yang berkaitan dengan pelepasan gas karbon.

 

Sesi sosialisasi tersebut dirasmikan oleh Pengarah Bahagian Industri dan Ekosistem Perniagaan, Awang Allen On selaku Pemangku Pengarah PSK, Kementerian Kewangan dan Ekonomi, yang mana di dalam ucapan alu-aluan beliau telah menyentuh tentang kepentingan penyediaan skim akreditasi standard kebangsaan yang kukuh dan diiktiraf di peringkat antarabangsa.

 

Menyentuh mengenai latihan ISO 14065 yang pernah dilaksanakan oleh PSK pada tahun 2018 dengan kerjasama Bureau Veritas Brunei di kampus Royal Brunei, usaha ini perlu diteruskan untuk mengukuhkan infrastruktur kualiti kebangsaan dengan usaha bersepadu bagi membangunkan standard dan skim akreditasi yang diiktiraf di peringkat antarabangsa yang bukan sahaja memenuhi keperluan pasaran tetapi juga komited dalam melindungi alam semula jadi dan alam sekitar di negara ini, selaras dengan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada ASEAN-EU Commemorative Summit pada bulan Disember 2022 yang mana memberikan tumpuan kepada cabaran semasa seperti perubahan iklim, kehilangan biodiversiti dan penebangan hutan yang telah menyumbang kepada corak cuaca ekstrem yang berterusan, pencemaran udara, dan kemerosotan alam sekitar.

 

Sesi tersebut telah dihadiri oleh 40 wakil yang terdiri daripada agensi-agensi kerajaan, pengendali kapal terbang negara dan badan-badan penilaian konformiti di negara ini, iaitu seperti Sekretariat Perubahan Iklim Brunei, Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi, Jabatan Perhutanan, Jabatan Penerbangan Awam, Jabatan Pengangkutan Darat, Syarikat Penerbangan Diraja Brunei dan dari pihak swasta seperti Bureau Veritas (B) Sdn Bhd dan lain-lain.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07