FacebookInstagramTwitterContact

 

Media Statement on the Issue of Replacing Pre-Paid Meter to USMS           >>           Fire and Rescue Department Events           >>           Khatam Al-Qur'an Ceremony           >>           Azan Subuh Competition           >>           Songdai Beraya with New Converts Ceremony           >>           Ramah Mesra Aidilfitri Ceremony           >>           Opening of Self-Identity Programme           >>           Kesyukuran Ceremony           >>           64th Fire and Rescue Department Celebration Parade           >>           Certificate Presentation for Executive Development Programme           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Jalan Raya Selamat, Mematuhi Piawaian Antarabangsa Jadi Keutamaan


 


 February 10th, 2023  |  11:51 AM  |   175 views

BERAKAS

 

 

Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid menekankan bahawa isu-isu menaik taraf dan membaik pulih infrastruktur jalan-jalan raya di negara ini, di mana kerja-kerja menaik taraf dan membaik pulih jalan-jalan raya adalah dirancang mengikut keutamaan, dengan memberi prioriti kepada pelaksanaan kerja-kerja yang bertahap kritikal dan memberikan manfaat secara keseluruhan.

 

Yang Berhormat Menteri Pembangunan menambah, berbagai program pemeliharaan jalan raya juga dijalankan melalui peruntukan jabatan dan Rancangan Kemajuan Negara Ke-11 (RKN 11), termasuklah kerja-kerja melapis semula, menaik taraf dan membaik pulih aset jalan raya (lebuh raya, jalan utama, jalan kampung dan jalan simpang) serta jambatan yang sedia ada.

 

“Antara jalan-jalan yang sedang dan dalam perancangan untuk dibaik pulih adalah seperti Jalan Tanjong Maya, Daerah Tutong dan juga Jalan Rasau - Sungai Tujoh, Daerah Belait.

 

“Penyediaan jejambat (flyover) di persimpangan-persimpangan utama juga merupakan antara fokus Kementerian ini, yang mana Pembinaan Jejambat Kampung Lugu di persimpangan Perumahan Negara Kampung Lugu / Lebuhraya Muara-Tutong telah pun siap dan dibukakan kepada para pengguna pada awal tahun 2022 yang lalu," jelas Yang Berhormat dalam ucapannya pada Sesi Permuzakarahan bersama Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN) bertempat di Dewan Atria Simpur, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya.

 

Selain itu, pembinaan jejambat kesinambungan kepada Jalan Penghubung Tanah Jambu sehingga Jalan Utama Mentiri yang dijangka untuk siap sepenuhnya pada tahun 2023.

 

Projek berkenaan katanya, dihasratkan untuk menyediakan jalan pintas bagi para pengguna jalan raya menuju ke Daerah Temburong daripada Lebuhraya Muara-Tutong, melalui Jalan Utama Tanah Jambu, Jalan Utama Mentiri, Jalan Kota Batu dan Jambatan SHOAS nanti.

 

Dalam pada itu, Kementerian juga tegasnya, akan terus berusaha dalam memastikan mutu jalan raya adalah selamat dan mematuhi piawaian antarabangsa.

 

Begitu juga mengenai Alam Sekitar, Yang berhormat menyatakan, dalam mensyorkan negara yang bersih, antara cabaran yang perlu ditangani adalah isu-isu kebersihan dan isu-isu pembuangan sampah.

 

Satu Jawatankuasa Induk Kebersihan telah ditubuhkan yang mana dipengerusikan bersama oleh Kementerian Pembangunan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Kesihatan.

 

Jawatankuasa ini terang Yang Berhormat lagi, akan sentiasa terus berusaha dalam perlaksanaan dasar dan undang-undang, peraturan serta garis panduan dalam mensyorkan kebersihan negara.

 

“Kadar buangan sisa domestik di negara ini adalah yang paling tinggi di rantau ini. Bagi mencapai pengurusan sampah yang mampan dan berdaya tahan, menerusi RKN 11, pihak Kementerian pada masa ini dalam proses melantik konsultan bagi projek Waste Incineration Plant (Waste to Energy) sebagai alternatif kepada kaedah pengurusan sampah melalui pusat pelupusan (landfill).

 

“Dan melalui kaedah ini, pihak Kementerian melalui JASTRE sedang meneliti bagi memperbanyakkan lagi inisiatif serta mengemaskinikan dasar yang menjurus ke arah matlamat sisa sifar (zero-waste) sebagai gaya hidup penduduk di negara ini dengan mendorong pendekatan yang lebih 'circular' (circular economy) di kalangan masyarakat, syarikat-syarikat pembuatan dan juga kerajaan sebagai langkah proaktif," katanya lagi.

 

Dalam Urustadbir yang baik (Good Governance) pula, Yang Berhormat menerangkan dalam meningkatkan Urustadbir yang baik (Good Governance), pihak kementerian akan lebih memberikan tumpuan kepada pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang serta peraturan dan prosedur yang sedia ada secara 'compliance' bagi kerja-kerja perolehan (procurement) dan pengurusan projek.

 

Ini ujarnya, termasuk memperbaiki proses dalaman bagi mencapai tahap pengurusan yang efektif dan penyampaian perkhidmatan yang cepat.

 

Oleh yang demikian, Yang Berhormat berharap sokongan padu daripada Yang Berhormat Ahli-ahli MMN sendiri, yang setentunya berperanan bukan sahaja dalam menyuarakan isu-isu yang dihadapi oleh orang ramai, akan tetapi yang paling penting adalah untuk membawa bersama setiap lapisan masyarakat terutama sekali di peringkat akar umbi dalam merancang dan melaksanakan tindakan-tindakan yang boleh membantu Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dalam merealisasikan hasrat Wawasan negara.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07