FacebookInstagramTwitterContact

 

Cranberries Prevent Cancer And Many Other Chronic Diseases           >>           Boeing Starliner Rolls Out To Launch Pad For 1st Astronaut Flight On May 6 (Photos)           >>           Parrots in captivity seem to enjoy video-chatting with their friends on Messenger           >>           Google prohibits ads promoting websites and apps that generate deepfake porn           >>           Threads Now Lets You Control Who Can Quote Your Posts           >>           Atletico Madrid Earn Narrow Win At Mallorca, Close In On UCL Spot           >>           Tim Howard Inducted Into U.S. National Soccer Hall Of Fame           >>           Unstoppable Haaland Nets Four As Man City Rout Wolves           >>           Dortmund Crush Augsburg 5-1 Ahead Of Champions League Semi-Final           >>           Ed Sheeran Hails Unlikely Ipswich Promotion From Miami GP           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kongsi Usaha Mengutamakan Pendidikan Asas, Pembelajaran Sepanjang Hayat


 


 February 10th, 2023  |  11:58 AM  |   138 views

MANILA

 

Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Hajah Romaizah binti Haji Md. Salleh, menghadiri Persidangan Majlis Menteri-menteri Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEO) kali Ke-52 (SEAMEC kali ke-52) dan Dialog Strategik Menteri-menteri Pendidikan kali Ke-6 (SDEM kali Ke-6] yang diadakan pada 8 dan 9 Februari 2023 di Manila, Republik Filipina.

 

 Persidangan berkenaan dianjurkan oleh pihak Jabatan Pendidikan Filipina selaku Pengerusi Majlis Persidangan bersama pihak Urus Setia SEAMEO.

 

 Selain itu, persidangan berkenaan dihadiri oleh Menteri-menteri dari Republik Filipina, Malaysia dan Singapura, serta Timbalan-timbalan menteri dan para pegawai kanan dari Indonesia, Kemboja, Republik Demokratik Rakyat Lao, Myanmar, Thailand, Timor Leste dan Viet Nam.

 

 Persidangan berkenaan turut dihadiri oleh wakil daripada Ahli Bersekutu SEAMEO, iaitu dari Sepanyol; dan ahli gabungan SEAMEO, iaitu dari British Council; dan University of Tsukuba; Pengarah-pengarah Pusat Serantau SEAMEO, dan pegawai lain daripada 26 Pusat Serantau SEAMEO.

 

Persidangan berkenaan dirasmikan oleh Naib Presiden Republik Filipina dan Setiausaha Jabatan Pendidikan Filipina, Puan Yang Terutama Sara Zimmerman Duterte.

 

 Ucapan alu-aluan persidangan disampaikan oleh Menteri Pendidikan, Singapura, Tuan Yang Terutama Chan Chun Sing, selaku Presiden Majlis SEAMEO.

 

Pada perasmian berkenaan turut menyaksikan ucaptama daripada Presiden Republik Filipina, Tuan Yang Terutama Ferdinand R Marcos Jr, melalui rakaman video.

 

 Dengan tema SDEM ke-6 tahun ini, iaitu 'Mengutamakan Pendidikan Asas dan Pembelajaran Sepanjang Hayat: Pelaburan Dalam Literasi, Numerasi, dan Pendidikan STEM di Era Digital', Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Hajah Romaizah selaku Moderator Meja Bulat Pertama, berpeluang untuk mengongsikan usaha yang dilaksanakan oleh NBD ke arah mengutamakan pendidikan asas dan pembelajaran sepanjang hayat.

 

Antara perkara yang dikongsikan dalam kenyataan berkenaan, Yang Berhormat menekankan bahawa Kementerian Pendidikan amat menitikberatkan pembelajaran asas dengan memberi keutamaan kepada pendidikan awal kanak-kanak melalui pelbagai usaha penyediaan Rangka Kerja Kualiti Kebangsaan (National Quality Framework), Dasar Kualiti Kebangsaan (National Quality Policy) serta Rangka Kerja Kualiti Kurikulum Kebangsaan (National Quality Curriculum Framework) khususnya dalam pembinaan kapasiti guru dan bengkel pembangunan profesional di peringkat awal kanak-kanak.

 

 Kementerian Pendidikan jelas Yang Berhormat juga mengambil kira hal ehwal kehilangan pembelajaran (learning losses) dan jurang pembelajaran (learning gaps).

 

Seterusnya Yang Berhormat  turut mengongsikan mengenai perangkaan Pelan Transformasi Digital yang bertujuan untuk mengubah sektor Pendidikan melalui pengemaskinian proses, dan penggunaan teknologi untuk meningkatkan pendidikan.

 

 Selain itu Yang Berhormat juga berkongsi mengenai penubuhan Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat dan pusat berkenaan menawarkan lebih daripada 140 kursus dalam usaha untuk meningkatkan akademik dan pembangunan kualiti.

 

Turut hadir, Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin dan para pegawai dari Kementerian Pendidikan NBD.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07