FacebookInstagramTwitterContact

 

Media Statement on the Issue of Replacing Pre-Paid Meter to USMS           >>           Fire and Rescue Department Events           >>           Khatam Al-Qur'an Ceremony           >>           Azan Subuh Competition           >>           Songdai Beraya with New Converts Ceremony           >>           Ramah Mesra Aidilfitri Ceremony           >>           Opening of Self-Identity Programme           >>           Kesyukuran Ceremony           >>           64th Fire and Rescue Department Celebration Parade           >>           Certificate Presentation for Executive Development Programme           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Mempertingkatkan Mutu Perkhidmatan, Penyediaan Prasarana


 


 February 10th, 2023  |  12:01 PM  |   141 views

BERAKAS

 

Sesi muzakarah diharap untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan dalam penyediaan prasarana yang berkualiti yang dihasratkan oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam sama-sama merealisasikan Wawasan Brunei 2035 bagi mencapai kualiti kehidupan yang tinggi.

 

Sehubungan itu, Kementerian Pembangunan pagi tadi mengadakan sesi permuzakarahan bersama Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN) yang diadakan di Dewan Atria Simpur, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya, di sini.

 

Mengalu-alukan kehadiran Ahli-ahli MMN ke sesi muzakarah tersebut ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid.

 

Sesi permuzarakahan itu didahului dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat, dan disusuli dengan ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan, diikuti dengan ucapan balas bagi mewakili rombongan Ahli-ahli MMN, Ketua Kampung Lumapas 'B', Yang Berhormat Awang Mohamad Ali bin Tanjong, selaku ketua rombongan.

 

Rombongan Ahli-ahli MMN seterusnya diberikan penerangan taklimat yang disampaikan oleh Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Kementerian Pembangunan, Dr. Dayang Nor Imtihan binti Haji Abd. Razak dan diikuti dengan tayangan klip Video Korporat Kementerian Pembangunan.

 

Sesi muzakarah berkenaan bertujuan untuk memberikan penerangan kepada Ahli-ahli MMN yang baharu dilantik mengenai peranan, visi dan misi Kementerian Pembangunan dan peranannya bagi menjayakan Wawasan Brunei 2035 termasuk projek-projek infrastruktur seperti sistem jalan raya, sistem saliran dan pembetungan dan perumahan negara.

 

Sesi muzakarah juga dijadikan sebagai satu platform untuk berbincang secara terbuka di antara kedua-dua belah pihak mengenai cabaran-cabaran yang dihadapi dalam memenuhi keperluan dan permintaan yang sekian meningkat.

 

Turut hadir semasa sesi muzakarah ini ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Industri Pembinaan dan Kemajuan), Sr. Dayang Hajah Norhayati binti Haji Mohd Yaakub; Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang), Kementerian Pembangunan; Ketua Pengarah Kerja Raya, Dayang Aldila binti Haji Mohamad Salleh; Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya, Ketua-ketua Jabatan serta Pegawai-pegawai Kanan dari Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07