FacebookInstagramTwitterContact

 

Kate Shares New Photo Of Smiling Charlotte To Celebrate Her Ninth Birthday           >>           Reginald The Cat Has A Filthy Habit For Stealing Underwear From Strangers           >>           Travis Kelce Makes Surprise Appearance At Pre-2024 Kentucky Derby Party           >>           Anna Nicole Smith's Daughter Dannielynn Birkhead, 17, Debuts New Look At Kentucky Derby           >>           Turmeric Extract Combats The Joint-Damaging Effects Of Arthritis           >>           Cranberries Prevent Cancer And Many Other Chronic Diseases           >>           Boeing Starliner Rolls Out To Launch Pad For 1st Astronaut Flight On May 6 (Photos)           >>           Parrots in captivity seem to enjoy video-chatting with their friends on Messenger           >>           Google prohibits ads promoting websites and apps that generate deepfake porn           >>           Threads Now Lets You Control Who Can Quote Your Posts           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Sentiasa Memastikan Pembekalan Air Bersih Tahap Optima


 


 February 10th, 2023  |  12:02 PM  |   555 views

BERAKAS

 

100 peratus penduduk di Negara Brunei Darussalam (NBD) pada masa ini, mempunyai akses kepada air yang bersih dan ini adalah termasuk penduduk di kawasan pedalaman yang mana ia dibekalkan dengan air bersih dari sungai melalui rawatan menggunakan kaedah 'protopak slow sand filtration'.

 

Perkara itu ditekankan oleh Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid semasa berucap dalam Sesi Permuzakarahan bersama Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN) bertempat di Dewan Atria Simpur, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya, di sini.

 

Jelasnya, kaedah ini sesuai digunakan disebabkan akses jalan raya ke kawasan pedalaman adalah terhad. Penduduk pedalaman yang dimaksudkan adalah Kampung Belabau 2, Kampung Mapol, Kampung Takalit di Daerah Tutong dan Kampung Melilas di Daerah Belait.

 

Dari segi rawatan air, NBD menurutnya, mempunyai lapan loji rawatan air dan keseluruhan penghasilan air bersih dari loji-loji tersebut adalah sebanyak 451 juta liter sehari (MLD - Million Liters Per Day).

 

“Selepas rawatan dan pembersihan di loji, air bersih dihantar melalui paip-paip utama dan tangki-tangki pembahagian, dan seterusnya melalui paip-paip pembahagian ke kampung-kampung dan ke rumah-rumah.

 

“Sebagai contoh, Loji rawatan air Bukit Barun dan Layong yang terletak di Daerah Tutong membekalkan lebih 90 peratus dari keperluan Daerah Brunei-Muara. Rangkaian paip-paip bagi kawasan tersebut adalah sangat meluas yang memerlukan pemeliharaan yang rapi," ujar Yang Berhormat.

 

Justeru itu, Jabatan Perkhidmatan Air tegasnya, sentiasa berusaha untuk memastikan rangkaian pembekalan air bersih di NBD adalah di tahap yang optima melalui program-program operasi dan pemeliharaan yang telah dirancang.

 

Ini terang Yang Berhormat, termasuk program menaik taraf loji-loji rawatan air dan program penggantian paip-paip lama dengan paip baharu mengikut keutamaan dan peruntukan di bawah Rancangan Kemajuan Negara (RPN).

 

“Memang tidak dapat dinafikan bahawa masalah gangguan bekalan air, gangguan tekanan air rendah dan kualiti air yang tidak memuaskan masih berlaku di beberapa tempat dan kawasan terutama sekali di beberapa tempat di Daerah Brunei Muara," ucapnya.

 

Yang Berhormat menjelaskan ia adalah disebabkan jumlah kerosakan paip-paip air yang tinggi disebabkan tanah susur, aktiviti pembangunan serta aset yang kurang berkesan (reduced efficiency) di loji rawatan air dan stesen pam air (reduced water production).

 

Malah, bekalan air kuning juga katanya, sering dialami disebabkan kesulitan merawat kualiti air sungai yang berubah yang berpunca daripada perubahan cuaca seperti hujan berpanjangan, banjir serta 'effluent / discharge' daripada aktiviti pembangunan yang mengubah kualiti air sungai.

 

Di antara langkah-langkah yang dilaksanakan oleh jabatan terangnya, adalah termasuk kerja-kerja pembersihan tangki-tangki simpanan air, kerja-kerja 'flushing' terutama di penghujung rangkaian, kerja-kerja pemeliharaan tangki penapisan, kolam penjernih, dos kimia dan pam-pam di loji rawatan air berfungsi dengan baik.

 

Dalam hal ini, Jabatan Perkhidmatan Air menurutnya, juga telah melaksanakan beberapa kajian bagi meningkatkan tahap keberkesanan keseluruhan rangkaian bekalan air bersih, serta untuk mendapatkan penambahbaikan dalam menangani masalah dan cabaran yang dihadapi.

 

Selain daripada itu, pada bulan Oktober yang lalu, kerajaan jelasnya, telah memperkenalkan Unified Smart Metering System (USMS), yang dianugerahkan kepada DST Network Sdn Bhd, di mana ia menggabungkan Jabatan Perkhidmatan Air, Jabatan Perkhidmatan Elektrik dan Berakas Power Company sebagai pelanggan projek (project customer) ini.

 

Yang Berhormat menjelaskan, solusi sistem tersebut mewujudkan platform digital dan menggunakan modul pra-bayar bagi perkhidmatan air dan elektrik untuk seluruh negara. Dengan penggunaan sistem meter pintar, orang ramai bukan saja boleh mengurus bil elektrik mereka tetapi juga boleh mengurus bil air melalui modul yang sama dengan menggunakan akaun pelanggan masing-masing. Sehingga 22 Disember 2022, sebanyak 843 meter pintar telah pun dipasang.

 

Mengenai Mitigasi Banjir pula, Yang Berhormat menyentuh, bagi menangani isu-isu banjir di negara ini, menaik taraf sistem saliran air, pembetungan dan pemeliharaan persisiran pantai dan tebing-tebing sungai adalah menjadi salah satu fokus kementerian ini melalui Jabatan Saliran dan Pembetungan.

 

Melalui projek-projek yang telah dilaksanakan bermula semasa Rancangan Kemajuan Negara (RKN) Ke-5, Kerajaan tegasnya telah berhasil mengurangkan kawasan berisiko banjir daripada 465-kilometer persegi (pada tahun 1984) kepada 289-kilometer persegi melalui projek-projek Rancangan Kemajuan Negara ke-11.

 

Bahkan, menjelang tahun 2035, pihak Kerajaan ujarnya, akan terus memfokuskan kepada usaha pengurangan kawasan mudah banjir ini kepada 162-kilometer persegi melalui projek-projek yang dirancang di bawah RKN Ke-12, 13 dan 14.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07