FacebookInstagramTwitterContact

 

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger           >>           Media Statement on the Issue of Replacing Pre-Paid Meter to USMS           >>           Fire and Rescue Department Events           >>           Khatam Al-Qur'an Ceremony           >>           Azan Subuh Competition           >>           Songdai Beraya with New Converts Ceremony           >>           Ramah Mesra Aidilfitri Ceremony           >>           Opening of Self-Identity Programme           >>           Kesyukuran Ceremony           >>           64th Fire and Rescue Department Celebration Parade           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Usaha Dipertingkatkan Dalam Merangka Pelan Strategik Kementerian Pembangunan 2024-2029


 


 February 10th, 2023  |  12:06 PM  |   130 views

BERAKAS

 

Rancangan Kemajuan Negara Ke-11 (RKN 11) sedang menjalankan dua projek, iaitu Rancangan Perumahan Negara Kampung (RPN) Lugu Fasa 2, di mana 1,000 unit rumah teres sedang dalam pembinaan dan dijangka siap pada bulan Ogos 2023, sementara RPN Negara Kampung Tanah Jambu Fasa 7a, iaitu sebanyak 950 unit rumah teres yang mana pembinaannya akan bermula pada pertengahan tahun ini dan dijangka siap pada bulan Januari 2025.

 

Selain daripada itu, sebanyak 245 unit apartmen daripada 300 unit apartmen H40 Lambak Kanan telah pun diperuntukkan. Manakala, 55 unit selebihnya, akan diperuntukkan kepada pemohon-pemohon yang berkelayakan. 140 unit rumah teres di RPN Rimba, dan 40 unit rumah teres pula di RPN Bukit Beruang juga sedang dalam proses untuk diperuntukkan kepada pemohon-pemohon yang berkelayakan.

 

Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid mengongsikan perkara tersebut dalam ucapannya pada Sesi Permuzakarahan bersama Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN) bertempat di Dewan Atria Simpur, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya, di sini.

 

Yang Berhormat seterusnya menjelaskan sebanyak 16 unit rumah transit di RPN Lambak Kanan telah dibaik pulih dan empat unit telah didiami. Selebihnya juga dihasratkan untuk diperuntukkan kepada pemohon-pemohon yang berkelayakan. Dalam pada itu, terdapat 591 unit rumah di Perumahan Negara Panchor, Mengkubau adalah kosong (rosak).

 

Rumah-rumah berkenaan tegasnya, mempunyai masalah keretakan pada komponen struktur rumah seperti dinding, lantai, jubin; masalah kalis air; masalah kebocoran paip dan pendawaian letrik ; serta juga masalah banjir.

 

Sehingga kini, pihak jabatan menurutnya, telah menerima lebih dari 291 aduan, termasuk tujuh aduan masalah banjir daripada pemilik rumah di Perumahan Negara Panchor Mengkubau.

 

Dalam menangani masalah ini, Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Kemajuan Perumahan katanya, telah memindahkan 62 pemilik yang rumah mereka telah mengalami kerosakan, kepada rumah yang telah dibaik pulih dan yang berkeadaan lebih baik di kawasan Perumahan Negara Panchor Mengkubau  yang sama, dan juga di rumah tumpang sementara di RPN Lambak Kanan.

 

Terangnya, Jabatan Kemajuan Perumahan juga telah membaik pulih rumah, beberapa infrastruktur termasuk jalan raya, membina semula longkang rosak, menaik taraf saliran dengan membina 'culvert' dan 'sump' baharu bagi mengurangkan masalah banjir, dan membuat penyelenggaraan kawasan perumahan melalui kontrak berpenggal.

 

Dalam usaha bagi mengurangkan pergantungan sepenuhnya kepada kerajaan, Jabatan Kemajuan Perumahan juga ujarnya, sedang meneroka kaedah-kaedah alternatif yang bersesuaian iaitu meneroka pembiayaan alternatif melalui Public-Private Partnership atau sukuk; cadangan bagi Skim Pemaju Perumahan (Developer's Scheme) dan mengoptima penggunaan rumah kosong / terbiar seperti BSP Housing.

 

Terdahulu, Yang Berhormat menyatakan, Rangka Dasar dan Pelan Strategik Kementerian Pembangunan iaitu Rangka Dasar dan Pelan Strategik Kementerian Pembangunan 2018-2023 dilancarkan pada tahun 2018 menyokong Matlamat 2 Wawasan Negara 2035 iaitu Kualiti Kehidupan.

 

Dalam buku rangka dasar dan pelan strategik tersebut, tekannya, memfokuskan kepada enam 'core strategy', iaitu Strengthening Policy & Governance Framework, Integrated Planning & Inter Departmental Coordination, Leveraging on Information Technology to streamline operational process structure, Better optimization of Key Resources and Assets, Expanding Collaborative Networks with Key Stakeholders & Leveraging Private Sector Infrastructure Investment dan Supporting Local Business Development.

 

“Berpandukan penelitian Rangka Dasar dan Pelan Strategik Kementerian Pembangunan 2018-2023, pencapaian setakat tahun 2022 secara menyeluruh adalah sebanyak 70 peratus dan insyaaAllah Kementerian Pembangunan akan mengungkayah untuk meningkatkan lagi usaha-usaha dalam memperbaiki segala kekurangan dan kelemahan kementerian dalam merangka Pelan Strategik Kementerian Pembangunan 2024-2029," ujarnya lagi.

 

Yang berhormat menjelaskan, sehingga tahun 2022, sebanyak 30,296 rumah telah dihasilkan di bawah Skim Perumahan Negara dan Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati (STKRJ) di sebanyak 17 kawasan RPN dengan keluasan menyeluruh sebanyak 794 hektar sejak skim ini diperkenalkan pada tahun 1984. Diurus dan diselenggara oleh Jabatan Kemajuan Perumahan, di ke empat-empat daerah di seluruh negara.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07