Home > Bahasa Melayu
Terus Proaktif Kuatkuasakan Akta Sukatan Dan Timbangan 1983 Penggal 151
February 12th, 2023 | 13:49 PM | 410 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Unit Sukatan dan Timbangan (SDT), Bahagian Industri dan Ekosistem Perniagaan (IBE) di bawah Kementerian Kewangan dan Ekonomi bergiat proaktif dalam menguatkuasakan Akta Sukatan dan Timbangan 1983 Penggal 151 dengan mengadakan perkhidmatan pengujian mudah alih dan lawatan pemeriksaan tidak berjadual di beberapa buah pasar dan tamu di Daerah Brunei dan Muara dan Daerah Tutong pada bulan Januari dan awal bulan Februari 2023.
Daripada usaha yang dijalankan di Tamu Kianggeh, Pasar Gadong dan Pasar Tani Satenaga, Kampung Selayun, Unit SDT telah mendaftarkan sebanyak 58 unit, mengeluarkan satu Notis Peringatan kerana gagal mematuhi Peraturan-Peraturan (Penelitian) Alat-Alat Sukatan dan Timbangan 1994 disebabkan penggunaan alat sukat dan timbang yang telah mansuh pendaftaran.
Pemilik alat berkenaan dikehendaki memperbetulkan isu tersebut dan hadir ke pejabat Unit SDT dalam tempoh tujuh hari waktu bekerja dari tarikh notis dikeluarkan.
Individu-individu dan/atau perniagaan yang ingin mendaftarkan alat sukat dan timbang boleh mendaftarkan alat-alat berkenaan di pejabat Unit SDT mengikut tadahan tempat tinggal seperti dalam Rajah 1.
Bagi sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Unit Sukatan dan Timbangan (SDT) melalui e-mel : '[email protected]' atau melalui talian +673 233 4092.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]