FacebookInstagramTwitterContact

 

Hibiscus Tea Improves Blood Flow, Reduces Risk Of Cardiovascular Disease           >>           Beer Brewed To Music And A Crystal Castle — How To Have An A-List Getaway In Byron Bay           >>           Sleep Is Good For Your Heart, Reduces Risk Of CVD, According To Study           >>           Black Nightshade Reduces Growth Of Cancerous Tumors           >>           You Won't Be Able To Unsee Ryan Gosling's La La Land Confession           >>           Kate Middleton And Prince William’s Designer Friend Says They’re “Going Through Hell”           >>           Eta Aquarid Meteor Shower Peak Could Spawn Over 100 'Shooting Stars' Per Hour This Weekend           >>           Nintendo blitzes GitHub with over 8,000 emulator-related DMCA takedowns           >>           X Is Using Grok To Publish AI-Generated News Summaries           >>           Microsoft’s latest Windows security updates might break your VPN           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Beri Peluang Pengusaha Tempatan Jana Pendapatan, Majukan Perniagaan


 


 February 12th, 2023  |  14:30 PM  |   233 views

GADONG

 

Pasar Kitani kini dibukakan semula, pada setiap Sabtu dan Ahad, bermula hari ini, bertempat di Dewan Melati, Pusat Agribisnes Rimba, Gadong dengan tema 'Hasil Segar Peladang Kitani' dari jam 6.00 pagi hingga 5.00 petang.

 

Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, dengan dukungan Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) telah mengungkayahkan pembukaan semula Pasar Kitani ini, sebagai peluang kepada para pengusaha atau peladang tempatan untuk menjual hasil ladang mereka yang segar dan berkualiti secara langsung kepada pengguna, di samping memberikan peluang kepada mereka untuk mempromosi hasil ladang dan produk mereka.

 

Ia juga merupakan salah satu usaha dan kaedah untuk menyediakan alternatif kemudahan tempat berniaga jualan langsung pada setiap hujung minggu, malah meningkatkan keluaran hasil dengan membantu peladang dan pengusaha tempatan.

 

Pelita Brunei telah berkesempatan menemu bual dua usahawan yang menyertai Pasar Kitani, iaitu Dayang Tini binti Ahmad, pemilik Raini 81 Enterprise dari Daerah Temburong yang menjual hasil cucuk tanamnya seperti sayur-sayuran.

 

Beliau telah menceburi diri dalam bidang usahawan ini sejak dua tahun yang lalu yang mana perniagaannya sebelum ini dijalankan secara atas talian dan secara tempahan melalui WhatsApp atau hubung terus melalui telefon.

 

“Pada jualan kali ini, saya hanya menjual beberapa produk sahaja yang merupakan hasil dari tanaman yang ditanam sendiri seperti serai, sayur-sayur yang telah sedia dipotong dan dihiris, serai dan lengkuas yang telah sedia dikisar.

 

Sementara itu, Pengiran Sarayahati binti Pengiran Metusof, pemilik Abdul Qayyum Haikal Enterprise dari Daerah Brunei dan Muara telah berkecimpung dalam bidang keusahawanan sudah lama, yang mana sebelum ini beliau berniaga bersama kedua ibu bapanya sejak kecil.

 

Tetapi kini, beliau berniaga secara persendirian dengan menjual produk-produk makanan yang sudah sedia seperti Nasi Lemak klasik yang dibungkus dengan menggunakan surat khabar, keropok kulit ayam dan kek.

 

Selain menyertai Pasar Kitani, beliau juga sering menyertai bazar dan ekspo sebelum ini dan berjual secara dalam talian atau hubung terus.

 

“Saya juga merupakan salah seorang Usahawan Bakarih Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) yang telah diberikan bantuan modal perniagaan di bawah Skim Pembiayaan Kebajikan bagi membolehkan saya menjalankan dan memajukan usaha perniagaan sebagaimana yang telah direncanakan," ujarnya.

 

Tambahnya, sambutan daripada orang ramai juga sangat menggalakkan dan berharap lebih ramai pengunjung akan singgah ke Pasar Kitani, pada minggu-minggu yang akan datang.

 

Melalui program tersebut, ia diharap akan dapat membantu pengusaha dan peladang tempatan mendapat peluang meluaskan pasaran juga jaringan perniagaan dan 'business matching', di samping potensi untuk mengembangmajukan perniagaan pengusaha dan peladang tempatan, seterusnya akan meningkatkan keluaran hasil ladang hingga mampu menyumbang pada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Negara Brunei Darussalam.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07