FacebookInstagramTwitterContact

 

Hibiscus Tea Improves Blood Flow, Reduces Risk Of Cardiovascular Disease           >>           Beer Brewed To Music And A Crystal Castle — How To Have An A-List Getaway In Byron Bay           >>           Sleep Is Good For Your Heart, Reduces Risk Of CVD, According To Study           >>           Black Nightshade Reduces Growth Of Cancerous Tumors           >>           You Won't Be Able To Unsee Ryan Gosling's La La Land Confession           >>           Kate Middleton And Prince William’s Designer Friend Says They’re “Going Through Hell”           >>           Eta Aquarid Meteor Shower Peak Could Spawn Over 100 'Shooting Stars' Per Hour This Weekend           >>           Nintendo blitzes GitHub with over 8,000 emulator-related DMCA takedowns           >>           X Is Using Grok To Publish AI-Generated News Summaries           >>           Microsoft’s latest Windows security updates might break your VPN           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Rumah Pedang Tersula Juara Sukan Ria : Riadah Siuk


 


 February 13th, 2023  |  06:43 AM  |   207 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Mahasiswa dan mahasiswa Diploma Perguruan Ugama Lepasan Ijazah (Latihan Dalam Perkhidmatan) Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) yang dikelolakan oleh Pusat Ilmu Teras di bawah Program Kursus Pengurusan Kokurikulum, Semester 2, 2022 / 2023 telah menganjurkan Program Sukan Ria : Riadah Siuk bertempat di Padang Sekolah Arab Sultan Haji Hassanal Bolkiah, hari ini.

 

Program tersebut adalah sebahagian daripada tugasan wajib para mahasiswa dan mahasiswi dan mereka dikehendaki untuk mengelola, mengurus dan seterusnya melaksanakan satu program kokurikulum sebagai pendedahan awal terhadap tatacara pelaksanaan aktiviti yang serupa.

 

Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan seterusnya merasmikan program tersebut ialah Pemangku Pengetua Sekolah Arab Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Haji Norhisyam bin Haji Md.Noor.

 

Atur cara dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar, Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat, diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada tetamu kehormat majlis dan perasmian program, acara pemanasan badan serta sesi bergambar ramai.

 

Program Sukan Ria : Riadah Siuk ini telah melibatkan semua pelajar Sanah 7 Sekolah Arab Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan telah dibahagikan kepada empat buah rumah iaitu, Rumah Kampilan (Merah); Rumah Changkah (Hitam); Rumah Keris Selit (Hijau) dan Rumah Pedang Tersula (Biru).

 

Antara aktiviti yang diadakan semasa program tersebut ialah seperti Musang Berjanggut; pindah air ke dalam botol; Mixed Relay; Pindah Kacang dan Karpet Aladin.

 

Seterusnya, penyampaian hadiah serta sijil kepada pemenang-pemenang disempurnakan oleh Pensyarah KUPU SB, Mohammad Amirol bin Abdul Rahim.

 

Rumah Pedang Tersula (Biru) telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan Sukan Ria : Riadah Siuk.

Objektif program ini diadakan adalah bagi mengoptimakan keyakinan diri dan merealisasikan semangat persaingan sihat serta motivasi penuntut dalam menghadapi cabaran, bijak dan dedikasi melaksanakan strategi bernas menerusi aktiviti.

 

Selain itu, ia juga untuk mengukuhkan semangat kerjasama, kesefahaman, sokongan moral dan sosial, serta kompromi hebat di kalangan jawatankuasa pengendali dan penuntut melalui persaingan bemanfaat, sekali gus membudayakan sikap kerja berpasukan yang luhur dan mantap dan mempromosikan minda proaktif, berketerampilan melalui pengamalan gaya hidup yang sihat.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07