Home > Bahasa Melayu
Tingkat Kesedaran Bahaya Kebakaran Di Sekolah
February 13th, 2023 | 15:23 PM | 203 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Seramai 145 orang warga Sekolah Ugama Mata-mata menghadiri Taklimat Keselamatan Kebakaran dan Pengosongan Bangunan yang dikendalikan oleh Unit Perhubungan Awam, Cawangan Operasi A.
Taklimat berkenaan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai bahaya kebakaran kepada warga sekolah di samping memupuk rasa tanggungjawab dan mengambil berat tentang pelbagai aspek keselamatan kebakaran.
Turut hadir pada taklimat berkenaan, Guru Besar Sekolah Ugama Mata-Mata, Gadong.
Latihan pengosongan bangunan seharusnya dibuat sekurang-kurangnya dua kali setahun bagi memastikan keberkesanan prosedur yang efektif dan bersistematik.
Sehubungan itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) ada menyediakan pelbagai program keselamatan seperti Taklimat Keselamatan Kebakaran, Kursus Life Saver 995 dan Kursus Fire Marshal bagi mengetahui pelbagai aspek keselamatan kebakaran dan cara menangani kecemasan.
Jika berlaku sebarang kecemasan, hubungi Talian Kecemasan JBP 995 dan berikan maklumat yang tepat.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]