Home > Bahasa Melayu
88 Kes COVID-19 Disahkan Sembuh
February 13th, 2023 | 15:24 PM | 231 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Menurut Infografik Status Harian Normal Baharu COVID-19 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, tidak ada kes dicatatkan berada dalam Kategori 4 dan 5 yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU) atau yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.
Hari ini sebanyak 88 kes disahkan sembuh yang membawa jumlah keseluruhan kes yang sembuh meningkat kepada 275,535.
Bagi Program Vaksinasi pula setakat hari ini, sebanyak 87.9 peratus kanak-kanak yang berumur 5 hingga 11 tahun menerima dua dos vaksin dan sebanyak 62.7 peratus remaja berumur 12 hingga 17 tahun menerima tiga dos vaksin.
Manakala sebanyak 79.1 peratus rakyat dan penduduk negara ini telah mendapatkan tiga dos vaksin dan 11.9 peratus telah menerima empat dos vaksin COVID-19.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]