FacebookInstagramTwitterContact

 

Kate Shares New Photo Of Smiling Charlotte To Celebrate Her Ninth Birthday           >>           Reginald The Cat Has A Filthy Habit For Stealing Underwear From Strangers           >>           Travis Kelce Makes Surprise Appearance At Pre-2024 Kentucky Derby Party           >>           Anna Nicole Smith's Daughter Dannielynn Birkhead, 17, Debuts New Look At Kentucky Derby           >>           Turmeric Extract Combats The Joint-Damaging Effects Of Arthritis           >>           Cranberries Prevent Cancer And Many Other Chronic Diseases           >>           Boeing Starliner Rolls Out To Launch Pad For 1st Astronaut Flight On May 6 (Photos)           >>           Parrots in captivity seem to enjoy video-chatting with their friends on Messenger           >>           Google prohibits ads promoting websites and apps that generate deepfake porn           >>           Threads Now Lets You Control Who Can Quote Your Posts           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Terajui Perpaduan Ke Arah Keharmonian Kampung


 


 February 13th, 2023  |  15:26 PM  |   179 views

BENGKURONG

 

Penduduk Kampung Bengkurong, Kampung Sinarubai dan Kampung Burong Lepas, Kampung Tasek Meradun dan Kampung Bunut, Mukim Kilanas keluar mengundi hari ini bagi memilih calon Ketua Kampung yang akan menjadi pemimpin dan peneraju pembangunan kampung-kampung berkenaan.

 

Sehubungan itu, Majlis Pengundian dan Pemilihan Calon Ketua Kampung Bengkurong, Kampung Sinarubai dan Kampung Burong Lepas, Kampung Tasek Meradun dan Kampung Bunut, Mukim Kilanas diadakan pagi tadi bertempat di Dewan Kemasyarakatan Mukim Kilanas, di sini.

 

Pengundian dilaksanakan secara atas talian melalui kaedah mudah-alih 'E-UNDI PMKK' dan juga pengundian menggunakan kertas undi (ballot papers).

 

Pengundian menggunakan aplikasi mudah alih e-Undi PMKK telah bermula pada 10 sehingga 12 Februari 2023, jam 11.00 pagi manakala pengundian menggunakan kertas undi diadakan hari ini mulai jam 8.00 hingga 11.00 pagi.

 

Aplikasi mudah-alih 'e-undi PMKK' adalah satu alternatif tambahan kepada kaedah pengundian dan pemilihan calon penghulu mukim atau ketua kampung yang sedia ada bertujuan memberikan peluang kepada penduduk kampung terdiri daripada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atau penduduk tetap Negara Brunei Darussalam yang berumur tidak kurang 18 tahun untuk ikut serta mengambil bahagian dan melaksanakan tanggungjawab bagi menentukan pemimpin di peringkat akar umbi di mukim dan kampung masing-masing.

 

Calon yang dibawa ke Majlis Pengundian dan Pemilihan bagi mengisikan jawatan Ketua Kampung Bengkurong iaitu calon pertama, Awang Haji Talib bin Haji Bakar / Haji Abu Bakar. Memperoleh 2 'A' peringkat biasa dan pernah bertugas di Angkatan Bersenjata Diraja Brunei berpangkat Pegawai Waran 2. Sebelumnya bertugas sebagai Ketua Kampung Bengkurong dan pada ketika ini masih memangku jawatan berkenaan.

 

Beliau dicadangkan oleh Awang Haji Hanapi bin Haji Sulaiman, disokong oleh Awang Haji Hisham bin Haji Abd Rahman selaku penyokong pertama dan Awang Haji Musauddin bin Haji Muntol selaku penyokong kedua.

 

Calon seterusnya yang dibawa ke Majlis Pengundian dan Pemilihan bagi mengisikan jawatan Ketua Kampung Tasek Meradun dan Kampung Bunut ialah Awang Ahmad Hussaini bin Haji Mohsin, berusia 37 tahun (35 tahun semasa tarikh tutup iklan 8 Januari 2022). Memperoleh kelulusan Master of Arts in Advertising and Marketing, Coventry University of United Kingdom Tahun 2016. Sebelum ini pernah berkhidmat di sektor swasta dengan BIBD dan Nautic (B) Sdn. Bhd.

 

Beliau dicadangkan oleh Dato Paduka Haji Murni bin Haji Mohamed, disokong oleh Awang Haji Abdul Karim bin Mohamad selaku penyokong pertama dan Pengiran Mohd Su'ud bin Pengiran Haji Abdullah selaku penyokong kedua.

 

Manakala calon yang dibawa ke Majlis Pengundian dan Pemilihan bagi mengisikan jawatan Ketua Kampung Sinarubai dan Kampung Burong Lepas adalah Awang Muhammad Shukri bin Haji Masri berusia 45 tahun (usia yang sama semasa tarikh tutup iklan 8 Januari 2022). Berkelulusan Diploma dalam Pendidikan Teknikal, Universiti Brunei Darussalam Tahun 2009. Pada ketika ini bekerja sebagai Guru Tingkat II di Sekolah Menengah Sayyidina Abu Bakar.

 

Beliau dicadangkan oleh Awang Haji Mansor bin Awang Haji Murat, disokong oleh Awang Haji Mohd Zin bin Haji Mohd Don selaku penyokong pertama dan Pengiran Yussop bin Pengiran Haji Bakar / Pengiran Haji Bini selaku penyokong kedua.

 

Terdahulu, Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Misle bin Haji Abd. Karim dalam ucapannya menekankan peranan penting pemegang jawatan ketua kampung adalah sebagai ketua dan pemimpin masyarakat di akar umbi penduduk-penduduk di kampungnya yang bertanggungjawab bagi menerajui perpaduan, keharmonian, kemakmuran dan kesejahteraan hidup bermasyarakat di sesebuah kampung serta penggerak kepada pembaharuan, pembangunan dan perkembangan sosioekonomi masyarakat kampung.

 

Bahkan katanya, menjadi contoh teladan (role model) kepada masyarakat mukim dan kampung serta sebagai perantara dua hala Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dengan penduduk / masyarakat kampung sebagai mata, telinga, kaki dan tangan serta bertindak sebagai peneraju bagi mengukuhkan, memantapkan, mempertahankan dan mengekalkan sistem pemerintahan bernegara di bawah kepimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

 

Oleh yang demikian, beliau mengingatkan bahawa ketua kampung mempunyai tanggungjawab yang besar dan memegang amanah bukan sahaja amanah Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bahkan juga amanah penduduk-penduduk kampung yang akan ditadbir nanti.

 

Keputusan keseluruhan pengundian yang diperoleh pada hari ini akan dibawa ke Lembaga Perjawatan, Disiplin, Tatatertib Penghulu Mukim dan Ketua Kampung, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) untuk proses-proses selanjutnya.

 

Juga hadir sama di majlis tersebut, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, Penghulu-penghulu Mukim, Ketua-ketua Kampung, Pemangku-pemangku Ketua Kampung, Pegawai-pegawai Kanan dari KHEDN dan penduduk sekitarnya.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07