Home > Bahasa Melayu
Haji Masri Calon Tunggal Ketua Kampung Bukit Udal, Penapar
February 13th, 2023 | 15:27 PM | 348 views
TUTONG
Majlis Pengundian dan Pemilihan Calon Ketua Kampung Bukit Udal dan Penapar, Mukim Tanjong Maya menyaksikan sebanyak 171 undi bersetuju daripada seramai 240 penduduk kampung yang berdaftar dan layak mengundi.
Manakala enam undi tidak bersetuju sementara satu undi lagi dikategorikan sebagai undi rosak.
Daripada sejumlah 178 undian berkenaan, seramai 29 orang mengundi menggunakan aplikasi mudah alih e-Undi PMKK dan seramai 149 orang menggunakan kertas undi.
Pengundian menggunakan aplikasi mudah alih e-Undi PMKK bermula pada Jumaat, 10 Februari 2023 sementara kaedah menggunakan kertas undi pula berlangsung hari ini bertempat di Dewan Sekolah Rendah Bukit Udal, Tutong.
Calon tunggal yang layak bagi mengisikan jawatan Ketua Kampung Bukit Udal dan Penapar ialah Awang Haji Masri bin Haji Abdullah, berusia 52 tahun.
Hadir pada majlis pengundian berkenaan, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Mohammad Danial @ Tekpin bin Ya'akub yang juga Penghulu Mukim Ukong; Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Mohammad Sofian bin Haji Basri selaku Pengerusi Majlis; pegawai kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN); dan Pemangku-pemangku Ketua Kampung di bawah Mukim Tanjong Maya berserta penduduk kampung.
Keputusan Pengundian dan Pemilihan Calon Ketua Kampung Bukit Udal dan Penapar akan dihadapkan ke Lembaga Perjawatan, Disiplin dan Tatatertib Penghulu Mukim dan Ketua Kampung, KHEDN bagi proses selanjutnya.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]