FacebookInstagramTwitterContact

 

Kate Shares New Photo Of Smiling Charlotte To Celebrate Her Ninth Birthday           >>           Reginald The Cat Has A Filthy Habit For Stealing Underwear From Strangers           >>           Travis Kelce Makes Surprise Appearance At Pre-2024 Kentucky Derby Party           >>           Anna Nicole Smith's Daughter Dannielynn Birkhead, 17, Debuts New Look At Kentucky Derby           >>           Turmeric Extract Combats The Joint-Damaging Effects Of Arthritis           >>           Cranberries Prevent Cancer And Many Other Chronic Diseases           >>           Boeing Starliner Rolls Out To Launch Pad For 1st Astronaut Flight On May 6 (Photos)           >>           Parrots in captivity seem to enjoy video-chatting with their friends on Messenger           >>           Google prohibits ads promoting websites and apps that generate deepfake porn           >>           Threads Now Lets You Control Who Can Quote Your Posts           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Lipatkan Gandakan Amalan Meraih Keredaan Allah


 


 February 13th, 2023  |  15:29 PM  |   322 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Malam Munajat mengajak orang ramai melipatgandakan amalan seharian dengan membaca ayat-ayat suci Al-Quran, berdoa, berzikir dan beristighfar, semata-mata untuk memohon keampunan, perlindungan, rahmat dan keredaan Allah Subhanahu Wata'ala.

 

Di samping itu, berdoa agar rakyat dan Negara Brunei Darussalam sentiasa terpelihara dari sebarang musibah yang tidak diingini dan berjaya membendung penularan penyakit merbahaya seperti COVID-19.

 

Sehubungan itu, Malam Munajat anjuran Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) diteruskan lagi malam tadi bagi minggu ke-74.

 

Pegawai Perkembangan Ugama, Awang Haji Hazimin bin Haji Metali, juga Ketua Unit Da'wah Daerah Temburong, Pusat Da'wah Islamiah (PDI), KHEU dari Masjid Kampung Pelambayan dalam intipati tazkirahnya yang bertajuk 'Norma Baharu Di Fasa Endemik' menyatakan, kita hendaklah sentiasa mengingati Allah Subhanahu Wata'ala sama ada di masa kita diduga dengan kesusahan atau kesedihan dan di masa kita senang. Jangan kita hanya mengingati Allah Subhanahu Wata'ala ketika kita di dalam penderitaan.

 

“Semasa pandemik yang lalu, kita sentiasa memohon pertolongan kepada Allah Subhanahu Wata'ala agar penyakit berjangkit COVID-19 berakhir. Tetapi setelah kita sekarang berada di fasa endemik, amalan-amalan yang banyak kita buat dulu sudah semakin berkurangan.

 

“Apakah Allah Subhanahu Wata'ala perlu memberi peringatan kepada kita sekali lagi sepertimana Dia telah mengingatkan kita pada bulan Mac 2020 iaitu gelombang pertama virus COVID-19, dan sekali lagi pada bulan Ogos 2021, iaitu gelombang kedua COVID-19," tambah beliau.

 

Acara Munajat malam tadi menyaksikan kehadiran tetamu khas, iaitu Penasihat Bersama Masjid Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit, Mukim Kilanas, Dato Paduka Haji Saifon bin Haji Awang Besar, yang turut memimpin bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah dari Masjid Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit, Mukim Kilanas.

 

Turut hadir, Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin selaku Penaung Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit, Mukim Kilanas.

 

Hadir sama Ahli-ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit, Mukim Kilanas dan para jemaah dari beberapa masjid di seluruh negara termasuk dari Masjid Kampung Pelambayan; tenaga akademik dan mahasiswa-mahasiswa Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB); Kumpulan Belia Masjid Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit Mukim Kilanas, serta warga kerja KHEU berserta keluarga dari kediaman masing-masing.

 

Selesai sahaja bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah, diikuti bacaan Surah Yaa Siin beramai-ramai dipimpin oleh Mahasiswa KUPU SB, Awang Muhammad Aqil Arfan bin Arjune, dari Surau Kolej Universiti berkenaan.

 

Seterusnya, Doa Munajat dibacakan oleh Pegawai Pelajaran, Sekolah Arab Temburong, Jabatan Pengajian Islam, KHEU, Awang Haji Muhammad Asri bin Haji Timbang.

 

Sementara bacaan Asmaul Husna dipimpin oleh Kumpulan Belia Masjid Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit dari Masjid Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit, Mukim Kilanas, Kampung Kilanas.

 

Bagi memberkati majlis, bacaan Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam dibacakan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Jabatan Hal Ehwal Masjid, KHEU, Awang Rozisham bin Haji Chuchu dari Masjid Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit, Mukim Kilanas, Kampung Kilanas.

 

Orang ramai sangat dialu-alukan untuk menyertai Malam Munajat dari mana jua mereka berada pada setiap hari Sabtu (malam Ahad) dengan melayari pautan 'http://tiny.cc/munajatkheu' atau melalui Instagram Pusat Da'wah Islamiah '@pdi_kheu'.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07