FacebookInstagramTwitterContact

 

Kate Shares New Photo Of Smiling Charlotte To Celebrate Her Ninth Birthday           >>           Reginald The Cat Has A Filthy Habit For Stealing Underwear From Strangers           >>           Travis Kelce Makes Surprise Appearance At Pre-2024 Kentucky Derby Party           >>           Anna Nicole Smith's Daughter Dannielynn Birkhead, 17, Debuts New Look At Kentucky Derby           >>           Turmeric Extract Combats The Joint-Damaging Effects Of Arthritis           >>           Cranberries Prevent Cancer And Many Other Chronic Diseases           >>           Boeing Starliner Rolls Out To Launch Pad For 1st Astronaut Flight On May 6 (Photos)           >>           Parrots in captivity seem to enjoy video-chatting with their friends on Messenger           >>           Google prohibits ads promoting websites and apps that generate deepfake porn           >>           Threads Now Lets You Control Who Can Quote Your Posts           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


12 Premis Makanan Belum Memohon Sijil Halal


 


 February 14th, 2023  |  06:55 AM  |   114 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Beberapa operasi secara berperingkat dijalankan oleh Pegawai-pegawai Penguatkuasaan Bahagian Kawalan Makanan Halal, Jabatan Hal Ehwal Syariah, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) sepanjang bulan Januari di Daerah Belait, Daerah Tutong dan juga di Daerah Temburong khususnya di kawasan bangunan perniagaan komersial dan sekitarnya.

 

Operasi ini bertujuan untuk menguatkuasakan peruntukan Bab 4 (1) dan Bab 10 (1) (a), Perintah Sijil Halal dan Label Halal, 2005 mengenai keperluan memohon Sijil Halal atau Permit Halal Majlis Ugama Islam Brunei yang dikenakan ke atas pengusaha-pengusaha makanan di negara ini yang telah berkuat kuasa setelah undang-undang tersebut dipinda pada tahun 2017.

 

Sebanyak 12 premis makanan di ketiga-tiga daerah di dapati belum membuat permohonan Sijil Halal dan telah dikeluarkan notis untuk menghadapkan permohonan dalam tempoh enam bulan.

 

Sehubungan itu, KHEU ingin menegaskan kepada para pemilik restoran dan pengusaha perniagaan makanan bahawa permohonan untuk mendapatkan Sijil Halal atau Permit Halal bagi perniagaan makanan yang beroperasi di negara ini adalah mandatori.

 

Oleh itu, Jabatan Hal Ehwal Syariah, KHEU ingin menyeru kepada semua pengusaha makanan di negara ini yang belum mempunyai Sijil Halal atau Permit Halal untuk menghadapkan permohonan dengan segera.

 

Kegagalan berbuat demikian boleh diambil tindakan undang-undang di bawah Bab 4 (5) dan Bab 10 (6), Perintah Sijil Halal Dan Label Halal, 2005 (pindaan 2017) dengan hukuman denda sehingga BND8,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.

 

Di samping itu, pemegang Sijil Halal dan Permit Halal juga adalah diingatkan supaya sentiasa memastikan Sijil Halal dan Permit Halal masih sah dan hendaklah menghadapkan permohonan untuk pembaharuan sijil dalam tempoh tiga bulan sebelum tarikh mansuh.

 

Bagi menjaga kemaslahatan masyarakat Islam di negara ini, KHEU melalui Jabatan Hal Ehwal Syariah akan sentiasa berusaha memastikan pelaksanaan pensijilan halal dan pengawalannya di negara ini berjalan selaras dengan kehendak undang-undang dan juga syarak.

 

Bahagian penguatkuasaan undang-undang di bawah jabatan ini akan sentiasa menjalankan operasi rondaan dan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan tiada sebarang pelanggaran berlaku khasnya dalam kalangan pemegang-pemegang Sijil Halal dan Permit Halal.

12 Premis Makanan Belum Memohon Sijil Halal

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 13 Februari. - Beberapa operasi secara berperingkat dijalankan oleh Pegawai-pegawai Penguatkuasaan Bahagian Kawalan Makanan Halal, Jabatan Hal Ehwal Syariah, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) sepanjang bulan Januari di Daerah Belait, Daerah Tutong dan juga di Daerah Temburong khususnya di kawasan bangunan perniagaan komersial dan sekitarnya.

 

Operasi ini bertujuan untuk menguatkuasakan peruntukan Bab 4 (1) dan Bab 10 (1) (a), Perintah Sijil Halal dan Label Halal, 2005 mengenai keperluan memohon Sijil Halal atau Permit Halal Majlis Ugama Islam Brunei yang dikenakan ke atas pengusaha-pengusaha makanan di negara ini yang telah berkuat kuasa setelah undang-undang tersebut dipinda pada tahun 2017.

 

Sebanyak 12 premis makanan di ketiga-tiga daerah di dapati belum membuat permohonan Sijil Halal dan telah dikeluarkan notis untuk menghadapkan permohonan dalam tempoh enam bulan.

 

Sehubungan itu, KHEU ingin menegaskan kepada para pemilik restoran dan pengusaha perniagaan makanan bahawa permohonan untuk mendapatkan Sijil Halal atau Permit Halal bagi perniagaan makanan yang beroperasi di negara ini adalah mandatori.

 

Oleh itu, Jabatan Hal Ehwal Syariah, KHEU ingin menyeru kepada semua pengusaha makanan di negara ini yang belum mempunyai Sijil Halal atau Permit Halal untuk menghadapkan permohonan dengan segera.

 

Kegagalan berbuat demikian boleh diambil tindakan undang-undang di bawah Bab 4 (5) dan Bab 10 (6), Perintah Sijil Halal Dan Label Halal, 2005 (pindaan 2017) dengan hukuman denda sehingga BND8,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.

 

Di samping itu, pemegang Sijil Halal dan Permit Halal juga adalah diingatkan supaya sentiasa memastikan Sijil Halal dan Permit Halal masih sah dan hendaklah menghadapkan permohonan untuk pembaharuan sijil dalam tempoh tiga bulan sebelum tarikh mansuh.

 

Bagi menjaga kemaslahatan masyarakat Islam di negara ini, KHEU melalui Jabatan Hal Ehwal Syariah akan sentiasa berusaha memastikan pelaksanaan pensijilan halal dan pengawalannya di negara ini berjalan selaras dengan kehendak undang-undang dan juga syarak.

 

Bahagian penguatkuasaan undang-undang di bawah jabatan ini akan sentiasa menjalankan operasi rondaan dan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan tiada sebarang pelanggaran berlaku khasnya dalam kalangan pemegang-pemegang Sijil Halal dan Permit Halal.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07