FacebookInstagramTwitterContact

 

Kate Shares New Photo Of Smiling Charlotte To Celebrate Her Ninth Birthday           >>           Reginald The Cat Has A Filthy Habit For Stealing Underwear From Strangers           >>           Travis Kelce Makes Surprise Appearance At Pre-2024 Kentucky Derby Party           >>           Anna Nicole Smith's Daughter Dannielynn Birkhead, 17, Debuts New Look At Kentucky Derby           >>           Turmeric Extract Combats The Joint-Damaging Effects Of Arthritis           >>           Cranberries Prevent Cancer And Many Other Chronic Diseases           >>           Boeing Starliner Rolls Out To Launch Pad For 1st Astronaut Flight On May 6 (Photos)           >>           Parrots in captivity seem to enjoy video-chatting with their friends on Messenger           >>           Google prohibits ads promoting websites and apps that generate deepfake porn           >>           Threads Now Lets You Control Who Can Quote Your Posts           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Mempraktikkan Kaedah Teknologi Pada Tanaman, Pengurusan


 


 February 14th, 2023  |  07:11 AM  |   103 views

TUTONG

 

Syarikat Ibnu Anwari Enterprise merupakan sebuah syarikat yang berdaftar di bawah Jabatan Pertanian dan Agrimakanan yang diuruskan oleh anak tempatan iaitu Mohd. Faiyadh Syairazie bin Anwari.

 

Syarikat ini mula mengusahakan bidang pertanian pada bulan Julai 2019 melalui Projek Rintis Belia dengan keluasan 1.2 hektar bagi tanaman sayur-sayuran dan buah-buahan bermusim selama dua tahun.

 

Pada November 2021 syarikat tersebut diberi kebenaran tambahan tapak seluas 2 hektar yang menjadikan keseluruhan kawasan seluas 3.2 hektar di Kawasan Kemajuan Pertanian Kampung Sinaut, Tutong.

 

Bermula dari kaedah tanaman secara konvensional, secara berfasa syarikat tersebut juga turut mempraktikkan serta menggunakan beberapa kaedah teknologi pada tanaman antaranya dengan penggunaan rumah terlindung dan sistem pengairan / pembajaan irigasi pada batas tanaman selain beberapa peralatan dan jentera pertanian bagi memudahkan dan meringankan kerja-kerja harian ladang.

 

Selaras dengan kemajuan teknologi pada ketika ini, syarikat berkenaan juga turut menggunakan salah satu aplikasi mudah alih yang boleh memantau operasi harian ladang melalui telefon bimbit.

 

Dengan menggunakan aplikasi tersebut, pihak pengurusan dapat merancang, menjangkau atau menyemak setiap rekod plot tanaman dengan mudah dan bersistematik hanya pada hujung jari.

 

Malah para pekerja akan mengetahui tugasan harian dan mengemas status kerja yang ditetapkan dengan hanya mengakses telefon bimbit masing-masing menerusi aplikasi dimaksudkan setiap hari sebelum dan selepas waktu bekerja.

 

Antara tanaman yang ada pada ketika ini ialah lada hidup, lada Thailand, kacang bendi, kacang panjang, terong, timun, lobak putih, limau kasturi, serai wangi dan kunyit.

 

Ketika ini syarikat berkenaan mempunyai tiga pekerja tempatan dan tiga pekerja warga asing.

 

Bagi memastikan hasil sayur-sayuran ladang dalam keadaan bersih dan berkualiti, penyediaan ruang lepas tuai turut disediakan oleh pihak syarikat di mana kerja-kerja pemilihan gred sayur-sayuran, pembungkusan dan timbangan dilakukan diruangan yang disediakan dengan mempraktikan beberapa garis pandu yang ditetapkan dalam Brunei GAP.

 

Platform Pasar Kitani yang diadakan setiap Ahad dianjurkan oleh Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) melalui Jabatan Pertanian dan Agrimakanan telah membuka lagi ruang untuk syarikat menjalinkan rangkaian perniagaan dengan beberapa pengusaha dan pengguna untuk pasaran hasil-hasil keluaran ladang.

 

Syarikat Ibnu Anwari Enterprise juga telah membuka sebuah kedai berkonsepkan Green Mart (Local Fresh Farm Produce) yang terletak di Daerah Tutong.

 

Ia merupakan usaha bersama dengan salah seorang rakan pengusaha sebagai salah satu inisiatif untuk mempertengahkan hasil sayur-sayuran segar ladang tempatan kepada para pengguna.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07