Home > Bahasa Melayu
Pusat Kanser Brunei Anjur Persidangan Perubatan
February 14th, 2023 | 07:16 AM | 102 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Seramai 60 peserta telah meyertai Persidangan Perubatan anjuran Pusat Kanser Brunei, Pusat Pakar Pantai Jerudong (PJSC) bagi mengongsikan kemajuan terkini dalam 'Cancer Management Sarcomas' dan 'Small Cell Lung Cancers' yang berlangsung di Radisson Hotel, baru-baru ini.
Persidangan tersebut telah dikongsikan oleh dua penceramah jemputan iaitu Medical Oncologist, National Cancer Centre Singapore, Dr. Jason Chan dan Dr. Tanujaa Rajasekaran.
Dr. Jason telah membentangkan mengenai 'Management of patients with advance soft Tissue Sarcoma and Gastrointestinal Stromal Tumours (GIST)' manakala Dr. Tanujaa berkongsi pembentangan mengenai 'Small Cell Lung Cancer (SCLC) : Current Treatment Landscape'.
Juga hadir bagi memulakan persidangan, Pengarah Perubatan PJSC, Dato Seri Laila Jasa Dr. Babu Sukumaran.
Turut hadir pada persidangan tersebut ialah doktor, ahli farmasi dan jururawat dari sektor kerajaan dan swasta.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]