Home > Bahasa Melayu
Kerja Menunda Kapal Offshore Supply Vessel Terkandas
February 14th, 2023 | 07:23 AM | 204 views
BANDAR SERI BEGAWAN,
Para pelaut adalah dimaklumkan bahawa sebuah kapal Offshore Supply Vessel dilaporkan terkandas dan terdampar di lokasi Persisiran Pantai Panaga, Kuala Belait pada 29 Januari 2023.
Oleh yang demikian, operasi Salvage sedang dilaksanakan dan kapal berkenaan akan ditunda keluar dari persisiran pantai berkenaan mulai dari 1 Februari 2023 sehingga kerja-kerja selesai dilaksanakan.
Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Brunei Darussalam (MPABD) menasihatkan kepada semua pelaut terutamanya kepada nelayan tempatan untuk menjauhi diri daripada kawasan yang telibat.
Ia akan menyebabkan pembatasan kepada keselamatan pelayaran.
Stesen Isyarat Radio Pantai Muara (MCSS), MPABD (Tanda Panggilan: Muara Harbour) dan Stesen Radio Kuala Belait (Tanda Panggilan: KB Radio) akan menyiarkan Radio Amaran Navigasi melalui Radio Marin VHF saluran 16.
Para pelaut terutamanya kepada para nelayan tempatan dan mana-mana kapal adalah dikehendaki untuk menjauhi diri dan sentiasa berwaspada daripada kawasan yang terlibat.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]