FacebookInstagramTwitterContact

 

Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Temporary Road Closure           >>           Temporary Closure of Petrol Stations           >>           Blood Donation Campaign           >>           Study Visit           >>           Discussion Session           >>           Village Head Appointment Certificate Presentation           >>           Presentation of Letters of Appointment and Incentive           >>           Opening Ceremony of School Leaders Convention           >>           Tahlil Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Teroka Peluang, Tawaran Ekspo Pengajian Tinggi 2023


 


 February 14th, 2023  |  07:40 AM  |   167 views

TUNGKU LINK

 

Ekspo Pengajian Tinggi 2023 adalah dihasrat sebagai Pusat Informasi Sehenti (One Stop Information Centre) Pengajian Tinggi yang menggabungkan institusi-institusi dari pengajian pasca menengah, pengajian tinggi awam dan swasta serta agensi-agensi sektor pendidikan dalam negeri yang berkaitan di bawah satu platform bagi memberikan gambaran mengenai lanskap pengajian pasca menengah dan pengajian tinggi yang terdapat di negara ini.

 

Diungkayahkan oleh Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pengajian Tinggi, Ekspo Ke-8 itu diadakan secara dalam talian bermula 13 hingga 16 Februari 2023.

 

Ekspo Pengajian Tinggi diadakan bermula hari ini pada jam 9.30 pagi hingga 4.30 petang dan akan diteruskan pada hari-hari berikutnya iaitu pada 14 hingga 16 Februari 2023, dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

 

Sehubungan itu, hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya melancarkan Ekspo Pengajian Tinggi 2023 yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Universiti Teknologi Brunei (UTB) hari ini ialah Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan, Dr. Haji Azman bin Ahmad.

 

Majlis juga diselajurkan dengan perasmian laman 'web' Jabatan Pengajian Tinggi iaitu Higher Education Hub (HE Hub) di mana platform berkenaan berfungsi sebagai pusat maklumat mengenai pendidikan tinggi di Negara Brunei Darussalam.

 

Selain itu, ia juga berfungsi sebagai sumber bagi penuntut-penuntut untuk mendapatkan maklumat mengenai perkembangan pendidikan di peringkat pengajian tinggi serta menyediakan garis pandu hala tuju pengajian tinggi bagi mereka.

 

Pada majlis tersebut, tetamu kehormat juga mengadakan kunjungan ke meja-meja maklumat bagi lapan institusi dan jabatan daripada 34 institusi dan agensi yang menyertai ekspo iaitu Jabatan Pengajian Tinggi, Universiti Brunei Darussalam (UBD), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), UTB, Politeknik Brunei (PB), Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE), Jabatan Pengurusan Biasiswa dan Majlis Kebangsaan Pengiktirafan Kelulusan.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah pegawai-pegawai kanan Kementerian Pendidikan beserta wakil daripada kedutaan-kedutaan.

 

Ekspo Pengajian Tinggi 2023 memberi peluang kepada orang ramai untuk berinteraksi secara sembang langsung (live chat) dan menghadiri persidangan video (video conferencing) bersama institusi-institusi pengajian tinggi dan agensi-agensi sektor pendidikan.

 

Di samping itu, ekspo itu juga akan menyediakan landasan bagi orang ramai untuk mengetahui tentang pelbagai laluan (multiple pathways) ke pengajian tinggi dan prospek pendidikan yang sedia ada bagi Negara Brunei Darussalam.

 

Pada tahun ini, sebanyak 34 buah institusi pengajian tinggi, agensi perkhidmatan pendidikan dan juga agensi-agensi kerajaan dan swasta menyertai Ekspo Pengajian Tinggi Ke-8 2023 termasuk institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta dalam negeri, institusi dari luar negara, kedutaan dan agensi-agensi kerajaan dan swasta.

 

Antara institusi-institusi pengajian tinggi awam Brunei Darussalam yang menyertai ekspo ini adalah UBD; UNISSA; UTB; PB; IBTE manakala institusi pengajian tinggi swasta yang turut serta ialah Laksamana College of Business (LCB); Cosmopolitan College of Commerce and Technology (CCCT); Kemuda Institute (KI); Brunei Darussalam Institute of Certified Public Accountants Academy Sdn. Bhd. (BICPA); Jerudong Park Medical Centre College of Health Sciences (JCHS) dan Kolej International Graduate Studies (KIGS).

 

Ekspo tersebut juga turut disertai oleh tiga institusi dari luar negara iaitu Centre for Technology Excellence, Sarawak, Malaysia; Gachon University, Republik Korea dan i-CATS University College, Sarawak, Malaysia.

 

Institusi-institusi tersebut akan menawarkan program-program, mengongsikan syarat-syarat kemasukan dan tatacara pendaftaran serta segala maklumat yang berkaitan dengannya.

 

Di samping itu, Kementerian Pendidikan juga akan membarigakan maklumat-maklumat terkini seperti Sistem Pusat Kemasukan ke Pengajian Tinggi atau Higher Education Centralized Admission System (HECAS), Biasiswa-biasiswa Kerajaan dan permohonan bagi mendapatkan pengiktirafan kursus atau kelulusan.

 

Jabatan-jabatan di bawah kawalan Kementerian Pendidikan yang menyertai ekspo ini adalah Jabatan Pengajian Tinggi, Jabatan Pengurusan Biasiswa, Majlis Kebangsaan Pengiktirafan Kelulusan, Jabatan Pengurusan Pendidik, Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat, Unit Kaunseling dan Unit Pendidikan Kerjaya (Jabatan Sekolah-Sekolah) dan Pusat Keusahawanan Inovasi.

 

Manakala kedutaan-kedutaan, agensi-agensi kerajaan dan swasta yang turut serta dalam ekspo ini adalah seperti berikut Kedutaan Jepun; Kedutaan Besar Republik Rakyat China; Sekretariat Tetap Manpower Planning and Employment Council (MPEC), Jabatan Perdana Menteri; HRD Services; Syarikat Pakar Tenaga Bersatu Sdn. Bhd.; Mahkota Maju Sdn. Bhd.; Beyond Tomorrow; MEG Educational Services; Australian Trade and Investment Commission (Austrade); Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) Group of Companies; Baiduri Bank; Hengyi Industries Sdn. Bhd. dan Brunei Shell Petroleum (BSP).

 

Sesi webinar juga akan diadakan sepanjang Ekspo Pengajian Tinggi 2023 di mana sebanyak 39 tajuk telah dijadualkan secara dalam talian.

 

Antara tajuk webinar yang akan disampaikan adalah tatacara permohonan HECAS, peluang-peluang tawaran biasiswa dan program pembelajaran sepanjang hayat. Semua sesi webinar akan dimuat naik di laman sesawang YouTube melalui saluran 'HE Virtual Expo Brunei' bagi kemudahan orang ramai.

 

Ekspo berkenaan dibukakan kepada orang awam terutama bagi lepasan menengah dan pra-universiti iaitu lepasan Brunei-Cambridge G.C.E. Peringkat 'O' dan 'A' atau kelulusan yang sebanding dengannya yang berhasrat untuk meneruskan pengajian ke peringkat tinggi seperti program National Technical Education Certificate (NTec), Higher National Technical Education Certificate (HNTec), Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran serta mereka yang ingin mengembangkan kemahiran secara 'upskilling' (meningkatkan kemahiran yang ada) dan 'reskilling' (mempelajari kemahiran baharu yang lain).

 

Orang ramai yang berhasrat untuk menyertai ekspo tersebut boleh membuat pendaftaran secara dalam talian (online) melalui portal Ekspo Pengajian Tinggi di 'https://heexpo.moe.gov.bn'.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47