FacebookInstagramTwitterContact

 

Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Temporary Road Closure           >>           Temporary Closure of Petrol Stations           >>           Blood Donation Campaign           >>           Study Visit           >>           Discussion Session           >>           Village Head Appointment Certificate Presentation           >>           Presentation of Letters of Appointment and Incentive           >>           Opening Ceremony of School Leaders Convention           >>           Tahlil Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Penyerapan Teknologi Semasa Bagi Memelihara Kedaulatan Undang-Undang Negara


 


 February 14th, 2023  |  07:45 AM  |   168 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan kerjasama daripada Pejabat Peguam Negara mengelolakan Seminar Perundangan Ke-3 pada 13 dan 14 Februari 2023 bertempat di Dewan Bankuet, JPM.

 

Setiausaha Tetap (Sekuriti dan Undang-Undang), JPM, Dayang Hajah Nor Hashimah binti Haji Mohd. Taib semasa membacakan Teks Ucapan Khas Menteri di JPM, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof pada Majlis Pembukaan Seminar tersebut antara lain menyentuh mengenai titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Ke-38, Tahun 2022, di mana inti pati titah tersebut adalah bagi mempercepatkan pengukuhan transformasi digital sebagai sebahagian daripada pemulihan ekonomi bagi memastikan norma baharu dapat dilaksanakan dengan berkesan.

 

Beliau menambah bahawa tema Seminar Perundangan Ke-3, 'Law and Technology : Challenges, Opportunities and Way Forward' adalah berpatutan dengan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia mengambil kira perkembangan serta peredaran semasa.

 

Dalam era globalisasi dan dengan adanya 'borderless instant connectivity' terang beliau, kehidupan harian semakin serap dengan teknologi maklumat di semua sektor termasuk di sektor awam.

 

Maka adalah menjadi satu keperluan bagi warga Perkhidmatan Awam untuk mempunyai asas kefahaman terhadap teknologi maklumat agar dapat sentiasa kekal relevan dalam mengenalpasti, mengetahui dan memahami isu-isu semasa agar dapat merangka serta melaksanakan strategi-strategi yang 'thinking forward' untuk menangani isu-isu berbangkit.

 

Selain daripada menangani isu-isu terbaharu ujarnya, sektor awam adalah juga diharapkan akan dapat memanfaatkan teknologi semasa termasuk mana-mana 'emerging technologies' bagi memudahkan serta mempercepatkan mana-mana tugas dan tanggungjawab sektor awam.

 

Sektor Perundangan juga perlulah tidak ketinggalan dalam menyerapkan teknologi-teknologi semasa bagi memastikan bahawa kedaulatan undang-undang Negara Brunei Darussalam sentiasa dipelihara.

 

Turut hadir ke majlis tersebut ialah Peguam Negara, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Awang Haji Ahmad bin Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Di-Raja Dato Laila Utama Haji Awang Isa; Pemangku Setiausaha Tetap (Tenaga) di Jabatan Perdana Menteri; Ketua Pendaftar dan Pesuruhjaya Kehakiman, Peguamcara Negara, Pemangku Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah, President Law Society Brunei Darussalam dan pegawai-pegawai kanan dari Pejabat Peguam Negara dan agensi-agensi kerajaan.

 

Penceramah-penceramah adalah terdiri dari Pejabat Peguam Negara, Law Society Brunei Darussalam, Brunei Darussalam Arbitration Centre dan Cyber-Security Brunei telah menyampaikan taklimat di dalam seminar yang di adakan selama dua hari itu.

 

Antara topik yang dibentangkan pada Seminar Perundangan Ke-3 ini adalah seperti penyediaan rang undang-undang; kontrak; debt recovery; Cybercrime; MoUs, Current Trends and Practice; Mekanisme Penyelesaian Pertikaian Alternatif di Negara Brunei Darussalam dan pengenalan ke atas Law Society of Brunei Darussalam iaitu khususnya dari perspektif 'Law and Technology'.

 

Topik-topik tersebut diharapkan akan dapat menjana pemikiran dan meningkatkan pemahaman serta pengetahuan perundangan secara asasnya / amnya terhadap perundangan dan secara khususnya berhubung dengan interplay di antara undang-undang dan teknologi.

 

Adalah diharapkan bagi kesemua warga perkhidmatan awam yang menyertai Seminar Perundangan Ke-3 ini, akan dapat memanfaatkan kesemua ilmu pengetahuan yang disampaikan ke arah mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi dalam perkara-perkara perundangan di setiap kementerian.

 

Selain itu, ia dihasrat akan dapat membina Perkhidmatan Awam yang berkemahiran dan berkesan untuk mendukung pembangunan negara berasaskan prinsip-prinsip Melayu Islam Beraja dengan pengenalan konsep Negara Zikir demi menjaga integriti Perkhidmatan Awam melalui pendekatan 'Whole Of Government Approach / Whole Of Nation Approach' bagi mencapai Wawasan Brunei 2035 dan ke arah matlamat sebuah negara 'Baldatun Thayyibatun Warabbun Ghafur'.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47