FacebookInstagramTwitterContact

 

Tahlil Ceremony           >>           Hersh Goldberg-Polin: Gaza Hostage's Mother Pleads For Ceasefire Deal           >>           Russia Flaunts Western Military Hardware Captured In War In Ukraine           >>           Imagine Football Fiesta Match           >>           Marjorie Taylor Greene Pushes To Remove House Speaker           >>           Key Mining Town Seized - DR Congo Rebels           >>           'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea           >>           Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired           >>           Onlyfans Investigated Over Children Accessing Porn           >>           Chinese Women Are Teaming Up With Strangers To Save Money           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kadar Purata Kes COVID-19 Catat Penurunan


 


 February 14th, 2023  |  07:59 AM  |   221 views

BERAKAS

 

Dalam masa satu minggu kebelakangan ini, kadar purata kes COVID-19 yang dilaporkan di Negara Brunei Darussalam (NBD) terus menunjukkan penurunan dengan kadar purata kes COVID-19 dalam masa satu minggu kebelakangan ialah sebanyak 88 kes sehari, berbanding dengan kadar pada minggu sebelumnya, iaitu sebanyak 108 kes sehari.

 

Sebanyak 29,869 keputusan Ujian Pantas Antigen (ART) dimuat naik ke aplikasi BruHealth dalam masa satu minggu dengan dua peratus daripadanya adalah keputusan ART yang positif.

 

Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar menjelaskan perkara berkenaan pada Sidang Media Normal Baharu COVID-19 di Negara Brunei Darussalam yang berlangsung di Dewan Al-'Afiah, Kementerian Kesihatan, di sini.

 

Pada hari ini jelas Yang Berhormat lagi, tidak ada kes di dalam Kategori 5, iaitu yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU); dan Kategori 4, iaitu yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.

 

“Sehingga kelmarin, 12 Februari 2023, kadar liputan vaksinasi COVID-19 di NBD kekal berada di tahap yang tinggi dengan sebanyak 79.1 peratus daripada keseluruhan rakyat dan penduduk negara ini mendapatkan dos ketiga vaksin dan sebanyak 11.9 peratus juga mendapatkan dos keempat.

 

“Pada hari ini, sebanyak 82 kes baharu dilaporkan, iaitu semuanya adalah daripada hasil ART dan tidak ada kes dikesan daripada ujian-ujian makmal RT-PCR yang dilakukan dalam masa 24 jam yang lalu," ujar Yang Berhormat lagi.

 

Yang Berhormat mendoakan semoga NBD berserta seluruh rakyat dan penduduknya sentiasa terpelihara dari segala bencana dan wabak penyakit serta berada di dalam perlindungan Allah Subhanahu Wata'ala jua.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47