FacebookInstagramTwitterContact

 

National Speech Contest           >>           Beta-Alanine Supplementation May Improve Power Output During Leg Exercises           >>           HIDDEN DANGER: Beware Of Arsenic Contamination In Rice           >>           Boysenberries Found To Improve Cholesterol, Help Prevent Heart Disease           >>           Girl Said She Heard ‘Monsters’ In Her Bedroom Wall – It Turned Out To Be Something Much Worse           >>           People Are Going Crazy For This Mayor’s Little Toes           >>           Jersey Shore's Pauly D Shares Rare Update On Life With 10-Year-Old Daughter Amabella           >>           Colleen Hoover's Verity Book Becoming A Movie After It Ends With Us           >>           Asteroid Ryugu Holds Secrets Of Our Solar System's Past, Present And Future           >>           US will require all new cars to have advanced automatic braking systems by 2029           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


19 Pekerja Masih Belum Berdaftar TAP, SCP


 


 February 15th, 2023  |  07:28 AM  |   127 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Tabung Amanah Pekerja (TAP) melalui Unit Penguatkuasaan telah membuat lawatan ke premis-premis perniagaan di sekitar Kampung Lambak dan Kampung Salambigar pada Khamis, baru-baru ini.

 

Hasil daripada lawatan tersebut, Pegawai-pegawai Pemeriksa TAP telah memeriksa sebanyak 74 premis majikan dan didapati masih ada lagi majikan yang gagal mendaftarkan dan mencarumkan pekerjanya di bawah Skim TAP dan Skim SCP iaitu seramai 19 pekerja tempatan.

 

Objektif utama lawatan ini adalah bagi memastikan setiap pekerja mempunyai simpanan persaraan untuk kesejahteraan hari persaraan mereka nanti.

 

Dalam hal ini, setiap majikan perlu bertanggungjawab dalam mendaftarkan dan membayar caruman Skim TAP dan SCP pekerja-pekerja mereka.

 

TAP ingin memaklumkan kepada majikan bahawa proses pendaftaran dan pembayaran caruman pekerja adalah dipermudahkan dengan hanya menggunakan perkhidmatan 'online' TAP, e-Amanah dengan melog masuk ke akaun majikan melalui laman sesawang TAP di 'www.tap.com.bn'. Para majikan adalah tidak perlu lagi berurusan melalui kaunter-kaunter perkhidmatan TAP seperti sebelumnya.

 

TAP juga ingin menasihatkan majikan untuk mendaftarkan pekerjanya ke Skim TAP dan SCP, bagi mengelak kesalahan di bawah Bab 26, Akta Amanah Pekerja, di mana majikan boleh didenda tidak kurang BND3,000 bagi kesalahan pertama dan tidak lebih BND10,000 bagi kesalahan kedua dan seterusnya.

 

Bagi isu-isu yang berkaitan dengan hal ehwal penguatkuasaan seperti tidak didaftar dan tiada pembayaran caruman, pihak pengadu boleh mengongsikan maklumat di talian hotline Unit Penguatkuasaan TAP +673 8998290 ataupun melalui e-mel di alamat '[email protected]'.

 

Pekerja yang ingin membuat sebarang aduan mengenai caruman yang tidak dibayar atau belum didaftarkan adalah dinasihatkan untuk mengunjungi mana-mana cawangan TAP yang berdekatan, atau menghubungi Pusat Panggilan TAP menerusi talian +673 2382929 semasa waktu bekerja.

 

Bagi ahli yang telah berdaftar ke perkhidmatan 'online' TAP, e-Amanah, aduan juga boleh dibuat dengan melog masuk ke akaun ahli melalui laman sesawang TAP di 'www.tap.com.bn'.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47