FacebookInstagramTwitterContact

 

Beta-Alanine Supplementation May Improve Power Output During Leg Exercises           >>           HIDDEN DANGER: Beware Of Arsenic Contamination In Rice           >>           Boysenberries Found To Improve Cholesterol, Help Prevent Heart Disease           >>           Girl Said She Heard ‘Monsters’ In Her Bedroom Wall – It Turned Out To Be Something Much Worse           >>           People Are Going Crazy For This Mayor’s Little Toes           >>           Jersey Shore's Pauly D Shares Rare Update On Life With 10-Year-Old Daughter Amabella           >>           Colleen Hoover's Verity Book Becoming A Movie After It Ends With Us           >>           Asteroid Ryugu Holds Secrets Of Our Solar System's Past, Present And Future           >>           US will require all new cars to have advanced automatic braking systems by 2029           >>           Rabbit denies claims that its R1 virtual assistant is a glorified Android app           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Tabung Kemanusiaan Bagi Rakyat Republik Turkiye, Arab Syria Ditubuhkan


 


 February 15th, 2023  |  07:51 AM  |   365 views

BERAKAS

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan penubuhan Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi Republik Turkiye dan Republik Arab Syria dan seterusnya penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi Republik Turkiye dan Republik Arab Syria.

 

Penubuhan Tabung Kemanusiaan ini bertujuan untuk mengumpulkan derma berbentuk kewangan sahaja daripada semua rakyat dan penduduk di Negara Brunei Darussalam (NBD) bagi membantu meringankan beban penderitaan yang ditanggung oleh rakyat Republik Turkiye dan Republik Arab Syria yang telah dilanda bencana gempa bumi pada 6 Februari 2023 lalu.

 

Gempa bumi tersebut merupakan antara gempa bumi yang paling teruk dengan skala bencana yang signifikan dan setakat ini, jumlah mangsa yang dilaporkan terkorban melebihi 36 ribu jiwa bagi kedua-dua negara dan dijangka akan meningkat lagi, manakala mangsa yang cedera atau hilang tempat tinggal juga amat memerlukan bantuan.

 

Sehubungan itu, Jawatankuasa Khas tersebut telah bersidang hari ini di Dewan Digadong, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dan dipengerusikan bersama oleh Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim dan Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan) KKBS, Dayang Hajah Nor Ashikin binti Haji Awang Johari.

 

Ahli-ahli mesyuarat terdiri daripada agensi-agensi kerajaan, bukan kerajaan dan sektor swasta.

 

Mesyuarat diadakan untuk membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan usaha bagi mengumpulkan derma daripada rakyat dan penduduk NBD.

 

Hadir selaku Penasihat-penasihat Bersama pada mesyuarat tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad.

 

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan, selaku Timbalan Penasihat Bersama.

 

Terdahulu dalam ucapan Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan perbincangan awal untuk menilai keperluan penubuhan Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi Republik Turkiye dan Republik Arab Syria telah diadakan oleh KKBS, KHEU dan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri di mana telah bersetuju terhadap penubuhannya berasaskan kepada beberapa penilaian iaitu pertama, hubungan di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Turkiye dan juga Republik Arab Syria adalah baik di samping sama-sama merupakan Negara Islam.

 

Kedua jelas Yang Berhormat, skala bencana yang amat besar yang dialami setakat ini dan dijangka akan meningkat hari ke hari dan ketiga, keperluan bagi bantuan segera, di mana Republik Turkiye dan Republik Arab Syria telah membuat rayuan kepada masyarakat antarabangsa untuk mendapatkan bantuan.

 

Sementara itu, Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama pula menjelaskan, dengan penubuhan Tabung Kemanusiaan itu, ia menggambarkan bahawa apa yang kita lakukan ini adalah atas dasar dorongan kemanusiaan, apa lagi ia mendorong kita untuk bangkit dan rasa terpanggil apabila terjadi satu malapetaka yang menimpa sesama 'kitani' manusia, apatah lagi manusia itu merupakan satu kumpulan bersaudara.

 

Bagi kita di NBD ujar Yang Berhormat, kita juga sering didorong oleh ajaran-ajaran agama Islam, yang menetapkan kita untuk saling bantu-membantu ke arah kebajikan dan semua ini merupakan curahan hati kemanusiaan kita, meskipun dengan jumlah penduduk yang kecil.

 

Mesyuarat Jawatankuasa pada hari ini telah menetapkan bahawa tempoh kutipan derma akan diadakan selama tiga bulan iaitu mulai hari ini, 14 Februari 2023 hingga 14 Mei 2023.

 

Penetapan tempoh tersebut adalah untuk memberi peluang kepada para penderma untuk menyumbangkan derma berbentuk kewangan secara langsung dan bagi membolehkan pelbagai pihak untuk menganjurkan aktiviti-aktiviti amal dan kebajikan bagi tujuan kutipan derma tersebut.

 

Bagi orang ramai yang berhasrat untuk memberikan sumbangan bolehlah berbuat demikian melalui tabung-tabung yang disediakan di masjid-masjid, surau-surau dan balai ibadat, bangunan bank-bank, gedung-gedung perniagaan dan bangunan-bangunan awam di seluruh negara.

 

Selain itu, melalui perkhidmatan BIBD QuickPay dengan mengimbas Kod QR yang boleh didapati di poster-poster dan pelekat-pelekat (sticker) Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi Republik Turkiye dan Republik Arab Syria.

 

Seterusnya, sumbangan juga boleh dihantar terus kepada Urus Setia Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi Republik Turkiye dan Republik Arab Syria di Bahagian Pengurusan dan Pentadbiran, Tingkat 2, Jabatan Pembangunan Masyarakat, Bangunan KKBS, Jalan Kebangsaan, Bandar Seri Begawan, NBD pada waktu pejabat.

 

Mesyuarat telah didahului dengan Pelancaran SMS Brunei Prihatin Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi Republik Turkiye dan Republik Arab Syria.

 

Ini merupakan salah satu usaha untuk memberi kemudahan kepada orang ramai untuk menghulurkan derma kepada tabung berkenaan yang diungkayahkan bersama DST Sendirian Berhad, Progresif Sendirian Berhad dan Imagine Sendirian Berhad.

 

Tempoh kutipan SMS juga akan berlangsung selama tiga bulan bermula 14 Februari 2023 hingga 14 Mei 2023.

 

Acara pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berhomat Menteri Hal Ehwal Ugama dan Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

 

Turut hadir Setiausaha-setiausaha Tetap, pegawai-pegawai kanan kerajaan dan wakil daripada DST Sdn. Bhd., Progresif Sdn. Bhd. dan Imagine Sdn. Bhd.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47