Home > Bahasa Melayu
PEKIKIK Jelajah Pesta Kikik Di Tiga Negara
February 16th, 2023 | 07:24 AM | 164 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Seramai empat orang dari Persatuan Kikik Negara Brunei Darussalam (PEKIKIK) berlepas ke Satun, Thailand bagi menyertai jelajah pesta kikik di tiga buah negara yang bermula di 42nd Satun International Kite Festival 2023 di Thailand.
Mengetuai rombongan ialah Yang Di-Pertua PEKIKIK, Awang Haji Maidin bin Haji Ahmad.
Berada di Lapangan Terbang Antarabangsa, Berakas bagi mengucapkan selamat belayar terdiri daripada ahli-ahli PEKIKIK.
Penyertaan tersebut adalah bagi memenuhi undangan pihak penganjur, di mana 42nd Satun International Kite Festival 2023, dijangka akan berlangsung pada 16 hingga 19 Februari 2023.
Selepas menyertai 42nd Satun International Kite Festival 2023, peserta PEKIKIK juga dijangka akan menyertai Pesta Layang-Layang Dunia Pasir Gudang, Johor ke-25, 2023 yang berlangsung di Bukit Layang-Layang Pasir Gudang sebelum menyertai 3rd Kabong International Kite Festival, Sarawak yang bakal berlangsung pada awal Mac iaitu 1 hingga 6 hari bulan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]