FacebookInstagramTwitterContact

 

Beta-Alanine Supplementation May Improve Power Output During Leg Exercises           >>           HIDDEN DANGER: Beware Of Arsenic Contamination In Rice           >>           Boysenberries Found To Improve Cholesterol, Help Prevent Heart Disease           >>           Girl Said She Heard ‘Monsters’ In Her Bedroom Wall – It Turned Out To Be Something Much Worse           >>           People Are Going Crazy For This Mayor’s Little Toes           >>           Jersey Shore's Pauly D Shares Rare Update On Life With 10-Year-Old Daughter Amabella           >>           Colleen Hoover's Verity Book Becoming A Movie After It Ends With Us           >>           Asteroid Ryugu Holds Secrets Of Our Solar System's Past, Present And Future           >>           US will require all new cars to have advanced automatic braking systems by 2029           >>           Rabbit denies claims that its R1 virtual assistant is a glorified Android app           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pekerja Asing Salah Guna Pas Kerja


 


 February 16th, 2023  |  07:30 AM  |   147 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) mengingatkan kepada orang ramai bahawa JIPK akan sentiasa menjalankan operasi, menangkap, menyiasat serta mengambil tindakan undang-undang ke atas mana-mana orang yang menyalahi undang-undang mengikut bidang kuasa yang diperuntukkan.

 

Bagi mana-mana warganegara asing di negara ini yang melakukan kesalahan akan diambil tindakan dan jika sabit kesalahan akan dihadapkan ke mahkamah, dipenjarakan dan diusir ke negara asal dan nama-nama mereka disenaraihitamkan.

 

Tujuan operasi dan pemeriksaan dijalankan adalah bagi melaksanakan rondaan, operasi dan pemeriksaan berdasarkan kepada maklumat dan kerjasama daripada orang ramai berpandukan kepada maklumat yang terkumpul, sama ada secara persendirian atau bersama agensi penguatkuasa yang lain; dan menguatkuasakan Akta dan Peraturan Imigresen, Akta dan Peraturan Pasport dan memastikan ia dipatuhi serta dalam usaha mengesan pesalah Imigresen.

 

Di samping itu juga bagi menguatkuasakan Perintah Pencegahan Penyeludupan Orang 2019 dan Perintah Antipemerdagangan Orang 2019; dan apa juga kegiatan yang bertentangan dengan Undang-undang dan Peraturan di Negara Brunei Darussalam.

 

Sehubungan itu, Bahagian Penguatkuasa Undang-undang, JIPK, Bandar Seri Begawan menjalankan satu operasi yang diberi nama Operasi SAKAT JIPK 24/2023 pada Selasa, 14 Februari 2023 yang menyasarkan di kawasan perumahan di Mukim Mentiri.

 

Dalam operasi berkenaan, pihak JIPK mendapati warga asing yang menawarkan pemotongan pokok, pengangkutan barang-barang yang hendak dibuang, mengangkut barang-barang hendak dipindah dan lain-lain menggunakan perkhidmatan kenderaan lori yang didaftarkan di bawah syarikat di negara ini.

 

Bahagian Penguatkuasa Undang-undang, JIPK menjalankan operasi dengan menyasarkan dua tempat yang berasingan.

 

Sasaran pertama dijalankan di kawasan perumahan di Mukim Mentiri. Sewaktu pemeriksaan yang dijalankan oleh para pegawai Bahagian Penguatkuasa Undang-undang, JIPK mendapati dua warganegara asing melakukan kesalahan di bawah Peraturan 15 (3) Peraturan-peraturan Imigresen  Penggal 17, iaitu tidak mengikut apa yang tercatat di dalam Pas Kerjanya.

 

Manakala, sasaran seterusnya juga dibuat di kawasan perumahan di Mukim Mentiri. Di tempat berkenaan, seramai tiga orang warganegara asing diperiksa dan pihak JIPK mendapati mereka melakukan kesalahan di bawah Peraturan 15 (3) Peraturan-peraturan Imigresen  Penggal 17, iaitu tidak mengikut apa yang tercatat di dalam Pas Kerjanya.

 

Oleh itu kesalahan melanggar syarat-syarat Pas Imigresen boleh dikenakan penjara tidak lebih daripada enam bulan atau denda tidak lebih daripada BND2,000 atau kedua-duanya sekali.

 

Tindakan seterusnya, Pas Kerja dibatalkan dan diusir dari negara ini. Mana-mana majikan yang mengambil, mengaji pesalah Imigresen boleh dikenakan denda sebanyak BND3,000 bagi setiap seorang pesalah Imigresen.

 

Sehubungan itu, Ketua Pegawai Imigresen Kanan, Bahagian Penguatkuasa Undang-undang JIPK menyarankan kepada orang ramai bahawa JIPK sentiasa meningkatkan aktiviti penguatkuasaan di negara ini dengan melaksanakan secara berterusan pemantauan, operasi dan pemeriksaan secara bersendirian atau bersepadu dengan agensi penguatkuasaan yang lain.

 

Sementara itu, pihak penguatkuasaan mengingatkan kepada orang ramai bahawa memberi pekerjaan atau mengaji mana-mana pesalah Imigresen adalah menjadi kesalahan yang boleh diambil tindakan Undang-undang.

 

Ke arah aktiviti penguatkuasaan berkenaan, JIPK mengalu-alukan orang ramai bagi sama-sama memberikan maklumat berhubung dengan pesalah Imigresen.

 

Sebarang maklumat dan nama pemberi maklumat akan dirahsiakan sepenuhnya dengan menghubungi ke talian Hotline JIPK menerusi talian +673 8734888 dan +673 8753888.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47