FacebookInstagramTwitterContact

 

Beta-Alanine Supplementation May Improve Power Output During Leg Exercises           >>           HIDDEN DANGER: Beware Of Arsenic Contamination In Rice           >>           Boysenberries Found To Improve Cholesterol, Help Prevent Heart Disease           >>           Girl Said She Heard ‘Monsters’ In Her Bedroom Wall – It Turned Out To Be Something Much Worse           >>           People Are Going Crazy For This Mayor’s Little Toes           >>           Jersey Shore's Pauly D Shares Rare Update On Life With 10-Year-Old Daughter Amabella           >>           Colleen Hoover's Verity Book Becoming A Movie After It Ends With Us           >>           Asteroid Ryugu Holds Secrets Of Our Solar System's Past, Present And Future           >>           US will require all new cars to have advanced automatic braking systems by 2029           >>           Rabbit denies claims that its R1 virtual assistant is a glorified Android app           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Dikenakan Kompaun Tinggalkan, Longgokkan Bahan Binaan


 


 February 16th, 2023  |  07:34 AM  |   101 views

BELAIT

 

Sebuah syarikat dikenakan kompaun sebanyak BND1,000 di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Rampaian, 2021 (Penggal 30), Bab 12 (1), di bawah Bab 12 (1) (f) (ii).

 

Syarikat berkenaan didapati meninggalkan dan melonggokkan bahan binaan tanpa kebenaran di tempat awam.

 

Sikap berkenaan mencemarkan keindahan dan merosakkan alam sekitar di kawasan berkenaan.

 

Syarikat berkenaan juga dikenakan denda kompaun yang dikeluarkan oleh Unit Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Belait (JDB).

 

JDB mengingati kepada orang ramai bahawa denda kompaun di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Rampaian, 2021 (Penggal 30), Bab 12 (1), bagi kesalahan individu, jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang daripada BND1,000 dan tidak melebihi BND3,000 bagi kesalahan pertama dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya boleh dikenakan denda tidak kurang daripada BND3,000 dan tidak melebihi BND9,000, dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

 

Manakala badan-badan korporat yang melakukan kesalahan pertama di bawah bab berkenaan boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang daripada BND2,000 dan tidak melebihi BND10,000 dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya boleh dikenakan denda tidak kurang daripada BND10,000 dan tidak melebihi BND30,000, dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya sekali.

 

 Syarikat terbabit diberikan tempoh selama tujuh hari untuk menjelaskan denda kompaun berkenaan dan jika gagal menjelaskan pembayaran, syarikat berkenaan boleh didakwa ke mahkamah.

 

Dalam memastikan Akta Kesalahan-kesalahan Rampaian, 2021 (Penggal 30), Bab 12 (1) berkenaan dilaksanakan, Unit Penguatkuasaan, JDB sentiasa menjalankan operasi pemantauan, iaitu membuat rondaan di tempat-tempat awam dan kawasan larangan pembuangan sampah.

 

Selain itu, pemantauan juga dijalankan ke atas aktiviti-aktiviti bengkel, pengilangan, penternakan dan pembinaan bagi memastikan mereka mematuhi peraturan yang ada.

 

Operasi pemantauan harian berkenaan adalah bertujuan bagi memastikan kebersihan persekitaran agar lebih terjaga dan mana-mana individu atau syarikat yang melakukan pembuangan sampah secara tidak bertanggungjawab akan dikenakan tindakan mengikut undang-undang yang disediakan.

 

Unit Penguatkuasaan, JDB sentiasa memberi peringatan kepada mana-mana individu ataupun badan-badan korporat dan penduduk agar menanamkan sikap yang mementingkan aspek kebersihan persekitaran dan kehidupan sehari-hari.

 

Membuang sampah sarap di tempat khas yang disediakan oleh pihak kerajaan dan juga diingatkan agar tidak menjadikan longkang, sungai dan tasik sebagai tempat pilihan pembuangan selain sentiasa mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang berkuat kuasa di negara ini bagi sama-sama menjaga kebersihan kawasan dan alam sekitar dengan membuang bahan-bahan buangan di tempat yang disediakan oleh pihak kerajaan Negara Brunei Darussalam.

 

Orang awam adalah dialu-alukan untuk menyampaikan maklumat-maklumat pembuangan sampah yang tidak dibenarkan di kawasan awam melalui talian +673 334335/6/7 Ext: 1153 ataupun +673 8711316.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47