Home > Bahasa Melayu
Peluang Pelajari Sistem Takwim Hijri
February 16th, 2023 | 07:44 AM | 119 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PKPSH) dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Mazhab Syafi'i (PPMS) akan menawarkan Kursus Latihan Astrofiqh: Sistem Taqwim Hijri dan Cerapan Hilal.
Adapun tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memfokuskan kepada sistem takwim hijri yang diamalkan dalam dunia Islam dan di ASEAN, membincangkan kepada isu-isu perselisihan tarikh hijri dunia Islam dan pengenalan kepada Taqwim Alternatif (Taqwim Hijri Ibnori Antarabangsa) yang menggunakan 8 pedoman.
Kursus akan diadakan pada Sabtu, 18 Mac 2023, bermula jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang bertempat di Kampus UNISSA, Gadong.
Para peserta yang ingin mendaftar dan mengetahui lebih lanjut mengenai kursus ini bolehlah melayari link 'http://bit.ly/ASTROFIQH_' atau dengan mengimbas kod QR.
Tarikh akhir pendaftaran adalah pada hari Selasa, 28 Februari 2023, jam 4.30 petang.
Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut mengenai program ini, para peserta bolehlah menghubungi PKPSH, UNISSA menerusi talian WhatsApp +673 8254374 ataupun melayari laman sesawang 'www.unissa.edu.bn' atau menghantar e-mel ke '[email protected]'.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]