Home > Bahasa Melayu
Beri Pendedahan Tentang Potensi, Cabaran Ternakan Ayam Kampung Kacukan
February 16th, 2023 | 07:48 AM | 134 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PKPSH) dengan kerjasama Fakulti Pertanian akan menawarkan program bersiri bagi pengusaha pertanian 2023, Agritalk : Potensi dan Cabaran Ternakan Ayam Kampung Kacukan.
Adapun tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan tentang potensi dan cabaran ternakan ayam kampung kacukan dan memberi bimbingan berkaitan kaedah pengurusan ternakan ayam kampung kacukan.
Program akan diadakan pada Selasa, 4 April 2023, bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari bertempat di Kampus Sinaut, UNISSA.
Para peserta yang ingin mendaftar dan mengetahui lebih lanjut mengenai program ini bolehlah melayari link 'https://bit.ly/RegAgritalk' atau dengan mengimbas kod QR.
Tarikh akhir pendaftaran adalah pada Selasa, 7 Mac 2023M, jam 4.30 petang.
Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut mengenai program ini, para peserta bolehlah menghubungi PKPSH, UNISSA menerusi talian WhatsApp +673 8254374 ataupun melayari laman sesawang 'www.unissa.edu.bn' atau menghantar e-mel ke '[email protected]'.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]