Home > Bahasa Melayu
UNISSA Tawarkan Bengkel Mengenai Kepimpinan, Pengurusan Islam
February 16th, 2023 | 07:54 AM | 116 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PKPSH) dengan kerjasama Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam akan menawarkan bengkel Islamic Leadership Management Series : Necessity and The Component of Leadership.
Adapun tujuan bengkel tersebut diadakan adalah untuk memberikan kefahaman berkenaan kepimpinan dan pengurusan Islam, untuk meningkatkan kapasiti dan kewibawaan para pemimpin dan sebagai salah satu wadah / platform bagi membincangkan isu-isu semasa berkaitan kepimpinan dan pengurusan Islam.
Bengkel akan diadakan pada Sabtu, 11 Mac 2023, bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang bertempat di Kampus UNISSA, Gadong.
Para peserta yang ingin mendaftar dan mengetahui lebih lanjut mengenai bengkel ini bolehlah melayari link berikut 'https://bit.ly/RegILMS' atau dengan mengimbas kod QR.
Tarikh akhir pendaftaran adalah pada Selasa, 28 Februari 2023, jam 4.30 petang.
Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut mengenai program ini, para peserta bolehlah menghubungi PKPSH, UNISSA menerusi talian WhatsApp +673 8254374 ataupun melayari laman sesawang 'www.unissa.edu.b'n atau menghantar e-mel ke '[email protected]'.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]