Home > Bahasa Melayu
TAP Anjurkan Sesi Konsultasi SPK
February 16th, 2023 | 07:57 AM | 128 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Tabung Amanah Pekerja (TAP) akan mengadakan sesi konsultasi mengenai Skim Persaraan Kebangsaan (SPK) bagi Ahli-ahli TAP yang berumur antara 50 ke 59 tahun bermula di Dewan Sepakat 4 Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC) Berakas, pada 21 Februari 2023 sehingga 22 Februari 2023 dan disambung 24 Februari 2023 sehingga 22 Mac 2023.
Sesi kedua dalam bulan Ramadan akan bermula dari 27 Mac 2023 sehingga 12 April 2023, 17 April 2023 sehingga 21 April 2023. Sesi-sesi seterusnya akan dimaklumkan pada masa akan datang.
Bagi ahli-ahli yang berumur 60 tahun ke atas pula akan diadakan sesi jerayawara pembarigaan khas yang berasingan berkaitan hal ehwal penerimaan anuiti SPK ahli nanti.
Pada sesi konsultasi SPK tersebut, para ahli akan diterangkan mengenai anuiti bulanan yang akan diterima semasa bersara dan simpanan SPK ahli.
Ahli-ahli yang berumur 50 ke 59 tahun boleh menempah slot konsultasi dengan mengimbas kod QR atau melayari link 'https://booking.tap.com.bn' atau menerusi pusat panggilan TAP menerusi talian +673 2382929 semasa waktu bekerja.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]