Home > Bahasa Melayu
Hari Terbuka UNISSA Kongsi Maklumat Program Pengajian
February 16th, 2023 | 08:00 AM | 138 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) mengadakan Hari Terbuka bermula hari ini hingga esok 16 Februari 2023, bertempat di Dewan Gimnasium UNISSA dan pada hari Selasa, 21 Februari 2023 bagi kampus UNISSA cawangan Sinaut.
Hari Terbuka UNISSA ini adalah bertujuan untuk memberikan gambaran dan pemahaman yang lebih jelas mengenai pelbagai program pengajian yang ditawarkan, di samping mendapatkan maklumat secara terperinci tentang pelbagai aktiviti kokurikulum serta berpeluang berinteraksi secara langsung bersama tenaga akademik UNISSA.
Bagi Sesi Pengajian 2023/2024, UNISSA menawarkan pelbagai program pengajian di peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah dalam pelbagai bidang akademik, termasuk Usuluddin; Syariah dan Undang-Undang; Bahasa Arab; Ekonomi dan Kewangan Islam; Pengurusan Pembangunan Islam; Teknologi Islam; Pertanian; Penyelidikan Mazhab Syafií; dan Penyelidikan Halalan Tayyiban.
Program-program yang ditawarkan ini menarik minat para pemohon bukan sahaja dari dalam negara, malah dari luar negara. Apatah lagi kelulusan yang diperoleh dari UNISSA diiktiraf oleh institusi pengajian tinggi antarabangsa dan mempunyai kedudukan yang setanding.
Turut menyertai Hari Terbuka UNISSA tersebut adalah wakil daripada Higher Education Centralised Admission System (HECAS).
Sehubungan itu, orang ramai / bakal pelajar adalah dijemput dan dialu-alukan hadir ke Hari Terbuka UNISSA untuk menerokai pelbagai program akademik yang ditawarkan.
Untuk maklumat lanjut, bolehlah menghubungi Pusat Pengurusan Akademik melalui e-mel '[email protected]' atau '[email protected]' dan WhatsApp +673 7376997.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]