Home > Bahasa Melayu
Genesis: Buku Komik Hasil Karya Penulis Tempatan
February 16th, 2023 | 08:06 AM | 120 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Buku komik mengetengahkan kisah pengembaraan bertajuk 'Genesis' dilancarkan petang tadi bertempat di salah sebuah kafe, di Kampung Kiulap, di sini.
Komik tersebut merupakan hasil karya daripada Khai Anwar, Adi Farhan, Hanis Hashim, Richard Chin, Azim Diniy, Farhan Karim dan Kelvin Ang.
'Genesis' dibiayai oleh Kedutaan Amerika Syarikat melalui Small Grants Program.
Komik berkenaan merupakan novel grafik setebal 75 halaman mengisahkan tentang enam orang remaja yang terkurung di rumah beberapa tahun akan datang akibat wabak global.
Pegawai Perhubungan Awam Kedutaan Amerika Syarikat di Negara Brunei Darussalam, Jeffrey Barrus menjelaskan, dengan terhasilnya komik berkenaan akan memberi inspirasi kepada para belia Brunei dengan tema daya tahan dalam menghadapi perubahan iklim, kepimpinan, kesukaran, kepentingan persahabatan dan kesejahteraan mental dalam mengatasi rintangan dan nilai pemuliharaan alam sekitar.
“Kedutaan Amerika Syarikat sentiasa menyokong rakyat Brunei dalam menceritakan kisah mereka dengan suara mereka sendiri.
“Kami percaya para karya tempatan memainkan peranan penting dalam memberi inspirasi dan memberi cabaran kepada semua untuk melihat dunia dengan sudut pandangan yang baharu," ujarnya.
Komik 'Genesis' berkenaan akan diedarkan secara percuma termasuk ke sekolah-sekolah, kedai-kedai buku, kafe-kafe dan tempat-tempat bacaan yang lain.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]