FacebookInstagramTwitterContact

 

An Evidence-Based Guide To Brain Foods That Improve Memory And Focus           >>           Scientists Look At The Anti-Diabetes Potential Of Rhaponticum Acaule Essential Oil           >>           Stand Up Every Now And Then: Sitting In Front Of A Desk For Hours On End Increases Your Risk Of Type 2 Diabetes           >>           Dream Chaser Space Plane Arrives In Florida Ahead Of 1st Launch To ISS (Photo)           >>           Sonos Ace Headphones Hands-On: Joining Your Home Theater Setup With The Push Of A Button           >>           Microsoft teams up with Khan Academy to make the Khanmigo AI teaching assistant free           >>           The DOJ makes its first known arrest for AI-generated CSAM           >>           Angel Reese Buys Stake In DC Power FC Women's Soccer Team           >>           Euro 2024: Cristiano Ronaldo In Portugal Squad, Breaks Record           >>           Australia Confirms Sam Kerr To Miss Paris Olympics           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


UBD Lancarkan Hari Terbuka


 


 February 16th, 2023  |  08:19 AM  |   129 views

TUNGKU LINK

 

Universiti Brunei Darussalam (UBD) pagi tadi melancarkan Hari Terbuka di Dewan Canselor, UBD, di sini, yang menggalakkan lepasan sekolah, graduan dan tenaga kerja profesional untuk melanjutkan pengajian mereka di universiti berkenaan bagi membangunkan kemahiran yang diperlukan di tempat kerja.

 

Hari Terbuka tersebut diadakan bermula hari ini sehingga 17 Februari 2023 dan dibukakan kepada orang ramai dari jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang, kecuali pada Jumaat apabila ia akan ditutup dari jam 12.00 tengah hari hingga 2.00 petang.

 

Pengunjung Hari Terbuka UBD terdiri daripada bakal pelajar, ibu bapa dan penjaga serta graduan dan tenaga kerja profesional, yang berpeluang menemui wakil-wakil dari pelbagai fakulti akademik, penyelidikan dan perkhidmatan UBD.

 

Pelancarannya dirasmikan oleh Naib Canselor UBD, Dr. Hazri bin Haji Kifle selaku tetamu kehormat.

 

Turut hadir ialah pegawai-pegawai utama, serta para kakitangan dan pelajar UBD.

 

Hari Terbuka itu menghoskan pejabat-pejabat korporat seperti Entrepreneurship Village (EV), UBD Corp, dan Friends of UBD yang terdiri daripada rakan kongsi tempatan, agensi kerajaan dan pihak-pihak yang telah menjalin kerjasama dengan UBD melalui penyelidikan dan acara, di samping Pusat Rangkaian, Pekerjaan dan Latihan Kerjaya (CoNECT).

 

Dr. Hazri turut melancarkan laman sesawang UBD baharu yang menampilkan navigasi kandungan dalam talian yang cekap serta aksesibiliti mudah kepada maklumat terkini mengenai kampus, fakulti, fasiliti, program dan berita UBD.

 

Laman sesawang ini juga mengandungi fungsi sembang langsung (live chat) sebagai tambahan kepada pelbagai pilihan dalam talian bagi menghubungi wakil universiti tersebut, di mana para pengunjung laman sesawang boleh berbual terus dengan wakil UBD pada waktu bekerja dari jam 7.45 pagi hingga 5.00 petang.

 

Manakala, di luar waktu tersebut, para pengunjung akan diarahkan ke 'chatbot' yang akan memberikan jawapan mengenai topik yang tertentu.

 

Selain itu, orang ramai kini boleh menghubungi Talian Darussalam 123 bagi bertanyakan soalan lazim mengenai UBD.

 

Laman sesawang tersebut turut mengandungi akses kepada Sistem Maklum Balas UBD, iaitu e-help.

 

e-help merupakan platform dalam talian untuk pihak berkepentingan memberikan input dan menerima maklum balas mengenai pelbagai perkhidmatan di UBD.

 

Para pengguna, termasuk kakitangan dan pelajar UBD, boleh membuat akaun dan menyerahkan tiket dengan butiran maklum balas, bagi membolehkan jabatan masing-masing di universiti itu memberikan respons dengan resolusi yang diperlukan.

 

 

Pada Hari Terbuka itu juga, UBD membentangkan mengenai cara baharu untuk pelajar UBD memperoleh faedah melalui Kad Pelajar mereka bagi mendapatkan diskaun menarik daripada 30 vendor yang mengambil bahagian termasuk vendor makanan, minuman, peruncitan dan syarikat penerbangan.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Passengers Tell Of Horror Aboard Turbulence-Hit Flight

 2024-05-22 02:17:53

Familiar Foes Meet Again As 2024 ASEAN Championship Delivers Causeway Derby

 2024-05-22 10:42:08