FacebookInstagramTwitterContact

 

Inflation Rate Falls To Lowest In Almost Three Years           >>           UK Watchdog Looking Into Microsoft AI Taking Screenshots           >>           An Evidence-Based Guide To Brain Foods That Improve Memory And Focus           >>           Scientists Look At The Anti-Diabetes Potential Of Rhaponticum Acaule Essential Oil           >>           Stand Up Every Now And Then: Sitting In Front Of A Desk For Hours On End Increases Your Risk Of Type 2 Diabetes           >>           Dream Chaser Space Plane Arrives In Florida Ahead Of 1st Launch To ISS (Photo)           >>           Sonos Ace Headphones Hands-On: Joining Your Home Theater Setup With The Push Of A Button           >>           Microsoft teams up with Khan Academy to make the Khanmigo AI teaching assistant free           >>           The DOJ makes its first known arrest for AI-generated CSAM           >>           Angel Reese Buys Stake In DC Power FC Women's Soccer Team           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


NBD Komited Bina Ekosistem Sains, Teknologi Kondusif


 


 February 16th, 2023  |  08:43 AM  |   112 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi,  Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha menghadiri Mesyuarat Menteri-menteri Sains, Teknologi dan Inovasi ASEAN-Rusia (ARMMSTI) pada Selasa, 14 Februari 2023 yang diadakan secara maya.

 

Mesyuarat ARMMSTI berkenaan dipengerusikan bersama oleh Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi; dan Pemangku Menteri Sains dan Pengajian Tinggi, Rusia, Tuan Yang Terutama Airat Gatiyatov.

 

Antara perkara-perkara yang diketengahkan pada mesyuarat berkenaan ialah mengenai keutamaan bidang Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) Negara-negara Ahli ASEAN, serta pengumuman penutupan rasmi Tahun Kerjasama Saintifik dan Teknikal ASEAN-Rusia 2022 (ASEAN-Russia Year of Science and Technology Cooperation 2022 – ARYSTC 2022).

 

Mesyuarat berkenaan juga membincangkan pelbagai pencapaian Hubungan Dialog ASEAN-Rusia sepanjang 26 tahun serta pelbagai langkah dan usaha meluas dalam memperkukuhkan lagi kerjasama STI di antara ASEAN dan Rusia.

 

Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi dalam ucapannya semasa sesi perkongsian, menyatakan bahawa Negara Brunei Darussalam (NBD) komited untuk membangun ekosistem sains dan teknologi yang kondusif bagi mendukung pembangunan sosioekonomi negara.

 

 

Yang Berhormat  turut menekankan pelaburan dalam Pembangunan dan Penyelidikan (Research and Development – R&D), keusahawanan dan kerjasama dengan rakan kongsi antarabangsa adalah penting dalam mencapai matlamat berkenaan.

 

Penubuhan Majlis Penyelidikan dan Kemajuan Teknologi dan Sains Brunei Darussalam (CREATES) pada tahun 2021 menandakan komitmen berterusan berkenaan.

 

Turut hadir pada mesyuarat berkenaan, Setiausaha Tetap di Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof; Timbalan Setiausaha Tetap (Infokomunikasi) di Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Haji Hairul Mohd Daud bin Haji Abdul Karim; dan juga para pegawai kanan di Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Passengers Tell Of Horror Aboard Turbulence-Hit Flight

 2024-05-22 02:17:53

Inflation Rate Falls To Lowest In Almost Three Years

 2024-05-22 23:46:33