FacebookInstagramTwitterContact

 

AT&T deal will make every phone a satellite phone           >>           Sony’s new smartphone could entice shutterbugs away from Apple and Google           >>           OpenAI strikes deal to put Reddit posts in ChatGPT           >>           Meta's Threads gets its own Tweetdeck clone           >>           Alexia Putellas Set To Stay At Barcelona With New Deal – Sources           >>           France Coach Deschamps Includes Kanté, Barcola In Euro Squad           >>           Nashville SC Fires Gary Smith, Only Coach In Team History           >>           Cristiano Ronaldo Aims To Defy Age, Continue At 'High Level'           >>           Marko Rudan Quits As Western Sydney Wanderers ALM Coach           >>           Can US Floating Pier Improve Gaza’s Critical Aid Pipeline?           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Tangani Secara Sistematik, Titikberatkan Kesejahteraan Masyarakat


 


 February 16th, 2023  |  08:50 AM  |   178 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Dalam melangkah menuju kehidupan norma baharu, pasca COVID-19 telah banyak menjejaskan perlaksanaan program atau projek-projek yang telah dirancangankan.

 

Namun begitu, ia memberi peluang kepada Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) untuk menilai semula keberkesanan projek-projek yang telah dilaksanakan, meliputi strategi-strategi yang sedang dirancang, serta mengukur pencapaian dan mutu perkhidmatan yang diberikan oleh Kementerian dan jabatan-jabatan di bawahnya, termasuk penjajarannya dengan pelan-pelan induk kebangsaan yang lain serta mendukung Wawasan 2023.

 

Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha berkata demikian semasa Perjumpaan Muhibah MTIC bersama Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN) yang berlangsung di Dewan Amar Pahlawan, Bangunan MTIC, di sini.

 

Menurut Yang Berhormat, kementerian tersebut telah membuat 'mid-term review' kepada Pelan Strategik Kementerian, iaitu MTIC 2025, dan telah mengenal pasti perkara-perkara yang memerlukan penambahbaikan, dan akan menanganinya secara sistematik dan telah menitikberatkan kepada tiga pemacu nilai atau 'value drivers', iaitu memastikan keselamatan orang ramai terjamin; memastikan kesejahteraan dan penyediaan perkhidmatan-perkhidmatan yang cekap, bersih dan efisien; dan Mendukung kemajuan ekonomi yang mampan.

 

Tumpuan tindakan seterusnya tambah Yang Berhormat, adalah kepada penyediaan dan mengemaskinikan Manual Prosedur Kerja (MPK) iaitu perkara asas yang perlu diterapkan untuk digunakan dan dikemas kini mengikut peranan dan tugasan yang diberikan agar organisasi tersebut akan lebih fokus dalam menjalankan peranannya.

 

“Seterusnya, ialah mengikuti piawaian (standard) sebagai rujukan yang jelas - terutama sekali dalam penyediaan perkhidmatan kepada orang ramai dan dalam menjaga keselamatan dan kesejahteraan semua; dan Pemantauan prestasi (performance monitoring) - perkara ini perlu diberikan perhatian terutama sekali dalam memastikan pelaksanaan strategi dan pencapaian key performance indicators (KPIs) serta dalam pengurusan projek ke arah memantapkan ekonomi negara dan memastikan tidak ada pembaziran dalam sumber tenaga manusia serta kewangan," kata Yang Berhormat lagi.

 

MTIC juga terang Yang Berhormat, telah pun mengenal pasti dan menilai perkara-perkara yang boleh mengancam keberkesanan kementerian ini dan jabatan-jabatan di bawahnya untuk menjalankan peranannya serta mencapai objektif pelan-pelan strategik mahupun hasrat Wawasan 2023.

 

Pada masa ini tambah Yang Berhormat, sebanyak 23 risiko telah dikenal pasti dan setiap satu akan memerlukan pelan mitigasi atau pelan tindak balas untuk menanganinya, dan ia juga akan di'review' dari semasa ke semasa.

 

Perkara-perkara yang perlu ditangani menurut Yang Berhormat, sangat meluas dan di antaranya adalah perkara yang berlaku 'in the background' yakni di luar pandangan orang ramai, yang mana sebahagian daripadanya adalah terdiri daripada memastikan keselamatan dan sekuriti aset dan petugas; ancaman siber; penyediaan sistem pengangkutan awam yang berkesan dan mampan; gangguan kepada perkhidmatan rangkaian; ketidakcukupan sumber tenaga manusia dalam jawatan kritikal; penyelenggaraan peralatan kritikal dan penting; keberkesanan di dalam melaksanakan penguatkuasaan dan pengawalseliaan; dan cabaran untuk mencapai kecemerlangan dalam melaksanakan strategi-strategi di bawah pelan-pelan strategik MTIC.

 

“Di samping perkara-perkara yang memerlukan perhatian selanjutnya. Alhamdulillah, terdapat juga banyak pencapaian yang telah dihasilkan dan membanggakan. Ini insyaaAllah juga akan dikongsikan di dalam penerangan mengenai MTIC 2025 nanti. Makluman mengenainya juga terkandung di dalam poster-poster dan pameran-pameran yang telah disediakan.

 

“Contohnya adalah seperti peningkatan ke atas peratus penduduk Negara Brunei Darussalam telah mendapatkan akses kepada Internet melalui 'broadband', Brunei Content Festival (BCF) 2022 yang julung kalinya diadakan telah dianjurkan oleh AITI bagi menggalakkan penyertaan tempatan dalam perkembangan industri penyiaran dan pembuatan kandungan (content creation)," jelas Yang Berhormat.

 

AITI juga terang Yang Berhormat, telah memperkenalkan Skim Productivity and Efficiency Joint Funding for Digital Adoption (PENJANA) pada awal tahun 2022, dan Brunei ICT Industry Competency Framework (BIICF) melalui AITI juga telah dilancarkan pada Ogos 2022 yang berfungsi sebagai panduan yang komprehensif bagi pekerjaan industri ICT.

 

Manakala jelas Yang Berhormat, Cyber Security Brunei (CSB) juga memfokuskan ke arah peningkatan keupayaan penyelidikan dan pembangunan termasuk penyelidikan akademik dalam bidang Fourth Industrial Revolution serta bidang-bidang yang berkaitan dengan keselamatan siber, melalui ITPSS iaitu I.T Protection Security Services.

 

Perkhidmatan-perkhidmatan di bawah CSB iaitu BruCERT, Cyberwatch Centre (CWC) dan Makmal Forensik Digital Kebangsaan (National Digital Forensic Laboratory NDFL) kata Yang Berhormat, telah mendapat persijilan ANSI National Accreditation Board (ANAB) dan juga ISMS ISO 27001 Certification.

 

Menyentuh mengenai usaha meningkatkan kualiti sistem pengangkutan bas awam di negara ini Yang Berhormat menyatakan, Projek Rintis Sistem Maklumat Bas Penumpang iaitu Bus Passenger Information System juga telah diperkenalkan.

 

Dari segi penyediaan perkhidmatan kaji cuaca yang berkualiti untuk navigasi udara tambah Yang Berhormat, MTIC juga menitikberatkan terhadap keperluan peningkatan keupayaan dan kompetensi pegawai-pegawai melalui kursus pensijilan.

 

Bagi menyokong pembangunan bakat maritim kata Yang Berhormat, satu Rangka Kerja Kecekapan Maritim (Maritime Competency Framework), yang berfungsi sebagai panduan untuk pembangunan bakat maritim di Negara Brunei Darussalam juga telah diperkenalkan.

 

“Dalam hubungan ini, Kementerian ini akan sentiasa memastikan strategi yang dirancang akan sentiasa di'review' bagi memastikan ia seiring dengan perubahan masa serta sentiasa dikemas kini untuk sejajar dengan hasrat dan visi Kementerian ini untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai Negara Pintar Terhubung iaitu Connected Smart Nation bagi mencapai Wawasan Brunei 2035," ujar Yang Berhormat lagi.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Bone Found During Missing Japan Steel Worker Search

 2024-05-17 10:38:05

China's Nio Unveils Tesla Model Y Rival

 2024-05-17 10:35:15