FacebookInstagramTwitterContact

 

Exercise Helps Improve Gut Diversity, According To A New Study           >>           6 Amazing Health Benefits From Regularly Drinking Linden Tea           >>           Study Finds Link Between Abnormal Potassium Levels And An Increased Risk Of Heart Failure           >>           AT&T deal will make every phone a satellite phone           >>           Sony’s new smartphone could entice shutterbugs away from Apple and Google           >>           OpenAI strikes deal to put Reddit posts in ChatGPT           >>           Meta's Threads gets its own Tweetdeck clone           >>           Alexia Putellas Set To Stay At Barcelona With New Deal – Sources           >>           France Coach Deschamps Includes Kanté, Barcola In Euro Squad           >>           Nashville SC Fires Gary Smith, Only Coach In Team History           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


JPM Memfokuskan 4 Bidang Utama


 


 February 16th, 2023  |  08:55 AM  |   233 views

BERAKAS

 

- Mendukung hasrat bagi merealisasikan gagasan sebuah Negara Zikir dan benar-benar memenuhi ciri-ciri 'Baldatun Thayyibatun Warabbun Ghafur', termasuk menyatakan bahawa JPM memfokuskan kepada empat bidang utama, iaitu urus tadbir Perkhidmatan Awam; wawasan; sekuriti dan undang-undang; dan tenaga.

 

- Pendekatan Senegara ataupun Whole-of-Nation Approach juga adalah dititikberatkan dalam merancang dan memacu pembangunan sosioekonomi negara bersama pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan termasuk Ahli-ahli Yang Berhormat Majlis Mesyuarat Negara (MMN).

 

 - Sesi muzakarah berkenaan merupakan peluang bagi kedua-dua belah pihak untuk bersemuka dan sama-sama mengambil perhatian akan pelbagai isu mustahak dan apa juga perkara yang mempunyai kesan positif terhadap kehidupan seharian dan kesejahteraan am rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam.

Jabatan Perdana Menteri (JPM) selaku agensi utama kerajaan mendukung hasrat bagi merealisasikan gagasan sebuah Negara Zikir dan benar-benar memenuhi ciri-ciri 'Baldatun Thayyibatun Warabbun Ghafur', termasuk menyatakan bahawa JPM memfokuskan kepada empat bidang utama, iaitu urus tadbir Perkhidmatan Awam; wawasan; sekuriti dan undang-undang; dan tenaga.

 

Dalam masa yang sama, Pendekatan Senegara ataupun Whole-of-Nation Approach juga adalah dititikberatkan dalam merancang dan memacu pembangunan sosioekonomi negara bersama pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan termasuk Ahli-ahli Yang Berhormat Majlis Mesyuarat Negara (MMN) yang merupakan rakan strategik kerajaan dalam pelaksanaan pelbagai dasar dan pelan tindakan, sepertimana hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

 

Menteri di JPM, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof menjelaskan demikian pada Sesi Muzakarah JPM dan Jabatan-jabatan Di Bawahnya bersama Ahli-ahli Yang Berhormat MMN bagi Tahun 2023, yang berlangsung di Bilik Mesyuarat West Wing, Bangunan JPM.

Yang Berhormat Menteri di JPM  antara lainnya juga menjelaskan bahawa sesi muzakarah berkenaan merupakan peluang bagi kedua-dua belah pihak untuk bersemuka dan sama-sama mengambil perhatian akan pelbagai isu mustahak dan apa juga perkara yang mempunyai kesan positif terhadap kehidupan seharian dan kesejahteraan am rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam.

 

Juga hadir pada sesi muzakarah berkenaan, Menteri di JPM dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah.

 

Seramai 18 orang Ahli Yang Berhormat MMN menghadiri sesi muzakarah berkenaan yang diketuai oleh Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin.

 

Sejurus ucapan alu-aluan oleh Yang Berhormat Menteri di JPM, muzakarah diteruskan dengan ucapan balas daripada Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman selaku ketua rombongan Ahli-ahli Yang Berhormat MMN.

 

Permuzakarahan seterusnya disusuli dengan sesi dialog di antara Ahli-ahli Yang Berhormat MMN dan pihak JPM dan jabatan-jabatan di bawahnya, yang antara lain memfokuskan mengenai hal ehwal berkaitan Perkhidmatan Awam, pekerjaan, pencapaian dan pemantauan terhadap merealisasikan Wawasan Brunei 2035, pendekatan senegara dalam pelbagai bidang strategik dan kemampanan ekonomi.

 

Sesi Muzakarah bersama Ahli-ahli Yang Berhormat MMN berkenaan merupakan wadah bagi JPM dan jabatan-jabatan di bawahnya untuk mengongsikan maklumat terkini mengenai pencapaian dan perkhidmatan bagi memastikan kesejahteraan rakyat dan penduduk secara berterusan ke arah mencapai matlamat Wawasan Brunei 2035; di samping bagi kedua-dua belah pihak untuk berkongsi idea, pandangan dan cadangan ke arah meningkatkan pemberian perkhidmatan JPM.

 

Turut hadir pada sesi muzakarah berkenaan, Timbalan-timbalan Menteri; Setiausaha-setiausaha Tetap; Timbalan Setiausaha Tetap; ketua-ketua jabatan serta para pegawai kanan di JPM dan jabatan-jabatan di bawahnya.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Bone Found During Missing Japan Steel Worker Search

 2024-05-17 10:38:05

China's Nio Unveils Tesla Model Y Rival

 2024-05-17 10:35:15