FacebookInstagramTwitterContact

 

Ditch Harmful VEGETABLE OILS For These Healthy Substitutes           >>           Replace Ultra-Processed Foods With These HEALTHY Alternatives           >>           Liam Hemsworth And Gabriella Brooks Rare Date Night Photos Will Leave You Hungering For More           >>           See Taylor Swift And Travis Kelce Kiss During Enchanted Lake Como Boat Date           >>           NASA's Juno Probe Captures Fascinating High-Resolution Images Of Jupiter's Icy Moon Europa           >>           A Fallout Crossover Is Coming To Fortnite           >>           The Openai Team Tasked With Protecting Humanity Is No More           >>           Youtube Reportedly Agrees To Block Videos Of Hong Kong’s Protest Song Inside The Region           >>           Gaza War: UN Defends Casualty Tally Amid Israeli Anger           >>           Row Over North Macedonia's Name Flares Up Again           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Raptai Penuh Pastikan Kelancaran Majlis


 


 February 16th, 2023  |  09:01 AM  |   237 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Negara Brunei Darussalam akan meraikan Majlis Sambutan Israk dan Mikraj Peringkat Negara bagi Tahun 1444 Hijrah pada Sabtu, 27 Rejab 1444 bersamaan 18 Februari 2023, bertempat di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas mulai jam 9.00 pagi.

 

Tema Sambutan Israk dan Mikraj Peringkat Negara bagi Tahun 1444 Hijrah ialah 'Bersabar, Berikhtiar, Bertawakkal dan Berdoa Menghadapi Ujian : Sembahyang Meraih Redha Allah'.

 

Majlis Sambutan Israk dan Mikraj Peringkat Negara tahun ini akan diisikan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran serta kesimpulan makna, persembahan selawat, ceramah khas dan persembahan khas.

 

Bagi memastikan kelancaran majlis itu nanti, raptai penuh telah diadakan pagi tadi dan hadir bagi memastikan latihan berjalan sempurna ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman; dan Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin.

 

Turut hadir, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan; Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim; Setiausaha Tetap Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP), Dayang Hajah Tutiaty binti Haji Abdul Wahab; serta Ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam Tahun 1444 Hijrah.

 

Majlis Sambutan Israk dan Mikraj Peringkat Negara pada tahun ini dikendalikan bersama oleh KHEU, KSSUP, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Syarikat PDS Sdn. Bhd. dan Syarikat PaddyCo Sdn. Bhd.

 

Adalah dinasihatkan kepada para jemputan, ahli-ahli jawatankuasa, para peserta persembahan dan individu yang hadir ke majlis itu nanti untuk melakukan ujian ART di rumah masing-masing dan memuat naik (upload) keputusan ART COVID-19 ke aplikasi BruHealth pada hari majlis berkenaan dan menunjukkan keputusan ART yang negatif melalui aplikasi BruHealth kepada Penyambut Tetamu atau AJK yang bertugas.

 

Manakala individu yang mempunyai simptom-simptom seperti demam panas, batuk selesema dan masalah pernafasan adalah dinasihatkan untuk tidak menghadiri majlis.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'My Ex Took My Children': Hope For Divorced Parents As Japan To Allow Joint Child Custody

 2024-05-18 04:32:54

China Pours Billions Into Crisis-Hit Property Market

 2024-05-18 00:24:55