FacebookInstagramTwitterContact

 

Gaza War: UN Defends Casualty Tally Amid Israeli Anger           >>           Row Over North Macedonia's Name Flares Up Again           >>           US Confirms First Aid Trucks Arrive Via Gaza Pier           >>           Mass Wedding For Nigeria Orphans Sparks Outcry           >>           'My Ex Took My Children': Hope For Divorced Parents As Japan To Allow Joint Child Custody           >>           Weather Photography Exhibition           >>           Students Platform Idea Presentation           >>           Students Orientation           >>           Brunei Darussalam wins Best Tourist Marketing Award           >>           'The Pilgrimage: A Sacrifice'           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Ke Temburong Bisai : Peluang Pengusaha 1K1P Jana Pendapatan


 


 February 17th, 2023  |  10:05 AM  |   110 views

TEMBURONG

 

Bagi menyemarakkan lagi Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (NBD) Ke-39 Tahun, Jabatan Daerah Temburong melalui Majlis Perundingan Mukim  dan Kampung (MPMK), Daerah Temburong mengadakan Program 'Ke Temburong Bisai' edisi Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan NBD.

 

Program berkenaan merupakan inisiatif atau usaha MPMK  sebagai pengendali dalam memberikan peluang kepada pengusaha Satu Kampung Satu Produk (1K1P) untuk menjana pendapatan dan secara tidak langsung meningkatkan penglibatan masyarakat di Daerah Temburong.

 

Antara lain tujuan ia diadakan adalah untuk menambahkan lagi tarikan kepada pengunjung dari luar dan dalam daerah dalam sama-sama meningkatkan lagi kemeriahan Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan NBD yang Ke-39 pada tahun ini.

 

Antara pengisian Program 'Ke Temburong Bisai' berkenaan adalah aktiviti Jualan Keusahawanan Kampung yang terdiri daripada  60  peserta daripada pengusaha 1K1P dan beberapa pengusaha kecil dan sederhana dari dalam dan luar daerah;  pameran; Kempen Derma Darah; Pertandingan Tausyeh Biro-biro Belia Majlis-majlis Perundingan Kampung, Daerah Temburong; Pertandingan Terbuka Masakan Berkategori; Walkaton bagi mengutip derma Tabung Bantuan Daerah Temburong; Pameran Kereta dan Motosikal Klasik dan Moden Terbuka, dan Pertandingan Mewarna.

 

Program berkenaan berlangsung selama empat hari bermula hari ini hingga 19 Februari 2023.

 

Sehubungan itu, orang ramai adalah dialu-alukan hadir ke Program 'Ke Temburong Bisai' bagi memeriahkan dan ikut serta di dalam aktiviti-aktiviti yang disediakan bertempat di kawasan kedai Pekan Bangar.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'My Ex Took My Children': Hope For Divorced Parents As Japan To Allow Joint Child Custody

 2024-05-18 04:32:54

China Pours Billions Into Crisis-Hit Property Market

 2024-05-18 00:24:55